venus and mars

July 27, 2013

Early Marriage

Bismillah

Yelloooo gegadis dan jejaka yg tak sabor nak kahwin sekalian ! whatsup?

Yahh harini aku nak cerita sikit pasal early marriage. Entry pasal kahwin ni aku dah penah buat dulu tapi aku nak buat lagi sekali. Definisi early marriage mengikut pandangan kamus otak aku adalah sebegini


"Perkahwinan antara gadis dan jejaka di usia muda yg berumur antara 18-23 tahun"

(Disclaimer : seluruh entri yg ditulis ini hanya melibatkan keadaan, masa, tempat, status ekonomi negara meleisia sahaja. Early marriage di negara lain aku taktahu cemane ropenye)









Ni nak kabor kalau engkorang perasan belakangan ni (sejak setahun dua ni) budaya early marriage sangat popular dalam kalangan rakyat meleisia. yah budaya yg sangat elok serta baik untuk kesihatan para rakyat terutamanya remaja. Suatu masa dahulu antara umur yg paling ramai sekali orang buat kenduri adalah ketika berumur 25 tahun dan ke atas. Tapi sekarang umur 22 pun ramai aje yg dah kahwin.

Kahwin awal ni bagus wehh. Paling bagus sekali yg aku nampak ialah dapat mendirikan sunnah satu hal, elakkan maksiat lagi satu hal, dapat anak-anak awal lagi satu hal. Bagus bukan? ye memang sangat bagus. Yang tak bagusnya ialah bila orang mula pikir satu-satunya cara nak elakkan maksiat adalah dengan berkahwin. Yang tak bagusnya adalah bila orang mula pikir satu-satunya tujuan berkahwin adalah untuk mengelakkan maksiat.

Padahal sebenornye kahwin awal ni susah beb. Memang susah melainkan kalau engko nak kahwin harini pahtu minggu depan engko taknak kahwin dah. Tu senang. Pasal tu aku bila nampak orang yg kahwin awal ni aku memang respect bebenor ah. Orang-orang cekal aje yg mampu kahwin awal. Orang-orang yg jenis cepat meroyan macam engko toksah ah pikir nak kahwin awal kekeke





So apa yg aku nak cakap kat sini aku bukan tak menyokong early marriage ni in fact aku pun nak kahwin awal juge (kahkahkah) tapi ada beberapa guideline yg perlu dititikberatkan kalau engko nak kahwin awal. Guideline yg aku bagi ini aku sendiri yg pikir mengikut logik otak aku. Ada tiga aje

First sekali is Agama. Yg ni aku malas nak ulas banyak. Rasanya semua orang dah tawu. Agama, keturunan, kecantikan, harta. yg ni umum. semua orang dah aware with this fact. So taknak cakap panjang pasal yg ni.

secondly matang. Konsep matang yg aku cuba sampaikan is mature enough to get married. Mature enough to handle a marriage. Bukan matang sebab dah baligh so kau consider kau dah matang untuk berkahwin. Lain tu. Lain sangat. Ni aku nak cerita sikit. Housemate aku ada sorang cousin ni. cousin dia sebaya dengan aku (19) and kahwin dengan a guy ni umur dia 23 kalau tak silap aku. Sadly maybe dorang tak sedia lagi and belum cukup preparation. Maybe kahwin just sebab nak elakkan maksiat so bahtera yg dilayari dilanda badai (acah-acah sastera) belum sampai setahun pun kahwin. So perempuan tu cerita ah kat housemate aku mengadu sampai aku pun terlibat untuk sesi memberi nasihat. Teruk jugak ah gaduh sampai almost bercerai. Puncanya? tak cukup matang to handle a marriage. 

And lastly is ada duit. Okay yg ni aku nak ulas panjang sikit sebab biasanya yg part yg ni lah yg orang yg ingin kahwin awal ni selalu terlepas pandang and selalu buat tak pedulik je. Konteks ada duit kat sini bukannya kena kaya-raya macam anak sultan ke hape. Tapi at least ada duit untuk sara anak bini. Ada steady work so that income akan masuk tiap-tiap bulan. Ni kalau dah kahwin tapi duit makan still mak ayah tanggung adalah sangat tak best dan tidak cool (situasi ini biasanya berlaku kepada pasangan yg masih belajar). Konsep ni kalau engkorang tengok lebih applicable kepada lelaki. Sebab apa? Sebab yg kena bagi nafkah lelaki. Bukan perempuan. Perempuan kalau fail study, kahwin jadik housewife habis cerita kahkahkah. Okay tak lawak. No sebenarnya konsep ada duit ni turut applicable kepada perempuan. Macam-macam boleh jadi. Mana tau jodoh tak panjang suami kembali ke rahmatullah. Takpun bercerai then suami tak bagi nafkah. So kalau ada steady work and ada duit at least boleh tanggung diri sendiri or anak-anak then teruskan hidup macam biasa.

And kalau case kahwin guna duit biasiswa memang takde masalah dari segi fiqh. ustaz zaharuddin penah bagitau tapi sorry sebab aku tak sempat nak screen capture. Tapi banyak mana duit biasiswa tu? agak-agak boleh tak tanggung isteri? anak-anak? and yes still kalau parents insist nak bagi duit so takde masalah. Tapi kalau pendapat aku tak best lah. Kau dah kahwin tapi duit still mak ayah bagi. Kalau perempuan ada suami tapi mak ayah yg bagi duit makan. perghh tak bestnya. Kalau laki tapi mak ayah bagi duit kat kau untuk kau tanggung family. yg ni lagilah super tak best.

Thats why pentingnya kahwin masa dah ada duit. Aku taktau lah engkorang punya kes macam mana tapi kalau ikut aku kalau boleh gaji pertama aku nak kasi parents rasa dulu. So kalau kahwin time belajor satu duit still mak ayah bagi and bila dah kerja gaji first dah kena tolak sikit sebab nak tanggung anak bini. belum tolak duit kereta, duit rumah, bil air, bil internet, bil api lagi.

Kau penah dengar cerita Hilal Asyraf tak? mesti penah kan kalau tak penah pi google sendiri. Dipendekkan cerita dia nak kahwin tak silap aku masa umur 19 tahun lagi tapi mak ayah dia tak kasi. mak ayah dia cakap tunggu dia pandai cari duit sendiri. So dia okay je. And bila umur 21 again dia cakap kat parents dia yg dia nak kahwin. Parents dia still tak bagi and cakap kat dia suruh cari duit lebih kurang cemtu lah. and dia try sehabis baik lastly umur 23 baru dia kahwin. Time tu dia dah ada steady work ada kereta and takpayah nak bergantung kat mak ayah lagi dah.





Status kat atas ni aku ambik dari one of my friends kat facebook. Lelaki. Aku tak berapa setuju sangat dgn benda ni. Yg pasal sunnah tu memang aku setuju sangat. Kita nak parents kita faham situasi yg first tu tapi sbg anak cuba kau letak tempat kau kat tempat parents kau and fikir why at the first place dia cakap cemtu. Betul kan apa yg mak kau cakap nanti nak bagi anak bini makan apa? pasir? 

Untuk lelaki memang agak berat tapi untuk perempuan takde masalah. antara figur-figur kahwin awal yg aku kenal ialah Dena Bahrin and Irine Nadia . Both 21, both are still studying, both married and both are having a baby. But yeah their husbands are working man. Dah ada kerja yg kukuh untuk tanggung the wife so do the kids


"Wahai segenap pemuda, barangsiapa yang mampu memikul beban keluarga hendaklah kawin. Sesungguhnya perkahwinan itu lebih dapat meredam gejolak mata dan nafsu seksual, tapi barangsiapa yang belum mampu hendaklah dia berpuasa kerana (puasa itu) benteng (penjagaan) baginya" 
[Bukhari]


Yes kahwin tu sunnah. Betul aku tak nafikan. Tapi Rasulullah sendiri cakap kahwin bila mampu kalau tak mampu puasa. Banyak lagi cara nak elakkan maksiat selain kahwin (untuk kes yg tak mampu nak kahwin) kalau dah mampu cukup semua takde sape nak halang.






Kalau kau tengok keseluruhan post ni kau akan nampak aku macam menentang early marriage. Tak. Aku sangat menyokong early marriage asalkan syarat-syarat kat atas tu dipenuhi. In fact kalau ada engineer baik, ada duit nak tanggung aku and masuk meminang aku sekarang aku terima aje. Hami Asraff misalnya. Wahahaha. Kay tak. Aku tipu je. Itu buat contoh. lolols.

So conclusionnya kahwin ni benda yg senang jangan disusahkan. Tapi disebabkan benda tu nampak senang jangan kau ambik mudah. Pandang remeh je.

Apapapun, ajal maut jodoh rezeki semua kat tangan Dia. Yg penting usaha dan doa. Kalau dah tertulis jodoh kau awal takkan nak lari pulak kan. Tu tolak rezeki namanya

Okay itu aje babaiiiii















No comments:

Post a Comment