venus and mars

October 28, 2012

Saya Insan Terpilih :')

assalamualaikum dunia


helo helo kalian :D

fuhhh kesibukan ber 'aidiladha',ber 'kenduri', ber 'open house' sana sini, tidak lupa juga sesi ber 'imtihan awal' yg masih belum tamat, minda otak serta badan saya nyata penat. namun diselitkan juga blogging seketika setelah minda saya tidak dapat menghadam dan mencerna info-info dan fakta-fakta subjek hadharah islamiyah. cepat betul kau putus asa. kata nak extra mujahadah? pffffttt

entry kali tidak lain tidak bukan adalah disebabkan permintaan seorang sister chumel (mix-melayu-jawa-jepon.kahkahkah) yg meminta saya untuk menghapdate blog berkisarkan 


اللغة العربية لغة القرءان ولغة الجنة
BAHASA ARAB BAHASA AL-QURAN
 DAN BAHASA SYURGA


Aiwah ! sejujurnya sebagai ordinary people yg tidak sempurna, pada awalnya saya tidak mempunyai niat langsung untuk mengambil jurusan Bahasa Dan Kesusasteraan Arab ini. bahkan, ketika hampir menjejakkan kaki ke tanah syam ini, hati kecil saya masih lagi berbolak-balik, niat saya sememangnya masih belum stabil. jauh di sudut hati, masih lagi terfikir-fikir akan jurusan pergigian  yg hanya tinggal kenangan. 

jelaslah minda kita telah di-doktrinkan dengan pemikiran barat semata-mata. غزو الفكر dalam istilah bahasa arabnya yg bermaksud serangan pemikiran. sehingga hampir keseluruhan rakyat malaysia berfikir bahawa pelajar-pelajar yg bijak pandai serta genius haruslah melanjutkan pelajaran mereka dalam bidang-bidang engineering, medic, biotechnology dan jurusan sains tulen tanpa berfikir panjang bahawa membawa title sebagai seorang pelajar bahasa arab dan kesusasteraan bukanlah sesuatu tugas yg mudah cuma ianya tidak dapat dilihat oleh mata-mata rakyat Malaysia yg telah dibutakan oleh falsafah-falsafah barat yg telah berjaya menguasai pemikiran mereka.

SITUASI A

A: Awak ambik ape kat jordan? medic eh? 
B:  hehe. taklah. saya ambik bahasa arab jee 
A: oooo...

pelajar-pelajar bahasa arab pun nampaknya malu-malu sahaja untuk mengaku bahawa 'saya adalah seorang pelajar jurusan bahasa dan kesusasteraan arab'

SITUASI B

A: Awak ambik ape kat UK tu?
B: Oh civil engineering
A: Fuyoohh hebatnya ! budak pandai la ni yee. bagus-bagus. balik malaysia nanti majukan       negara taww ! (rolling eyes)

so, bagaimana? anda anda anda dan anda nampak tak perbezaanya? perkataan 'fuyoohh' itu seolah-olah merupakan reflex action untuk mereka-mereka yg mengambil kujuruteraan, perubatan dan jurusan-jurusan yg canggih-canggih tu.

sedihnya, tanpa rakyat malaysia sendiri sedar tugas sebagai graduan bahasa arab dan kesusasteraan itu sangatlah mencabar. begitu juga dengan graduan pengajian islam.

saya mahu bertanya kepada anda berapa ramaikah rakyat malaysia itu yg boleh memahami Al-Quran tanpa membaca tafsirnya? berapa ramaikah di malaysia itu yg faham hukum agama dan mengikuti sepenuhnya?
saya yakin tidak ramai. sangatlah sedikit. hanya sebilangan kecil sahaja. Namun, rakyat malaysia masih tidak menyedari betapa beratnya amanah yg kami pikul. sedihlah :'(

pulang ke malaysia sebagai seorang graduan bahasa dan kesusasteraan arab, namun tidak mampu menjadikan rakyat malaysia cinta akan al-quran, tidak mampu menjadikan rakyat malaysia mendekati al-quran. berdosanya kami.

pulang ke malaysia sebagai seorang graduan pengajian islam, namun tidak mampu mengislahkan masyarakat yg rosak akhlaknya, tidak mampu membimbing masyarakat ke arah yg lebih baik. berdosanya kami.

anda. jika anda rasa menjadi seorang pelajar jurusan bahasa arab itu mudah, maka dengan segala hormatnya saya mempersilakan anda untuk mentafsir surah al-fatihah sahaja. tidak lebih dari itu.

sedangkan kalimah bismillahirrahmanirrahim sahaja tersirat 1001 makna. huruf 'baa' itu dibariskan kasrah yg menunjukkan tawadhuk seorang hamba. itu baru huruf 'baa' dalam al-fatihah belum lagi keseluruhan al-quran. namun anda anda dan anda masih lagi memandang rendah kepada kami. isk sedihlah :'(

tidak saya nafikan kemajuan negara itu teramatlah penting. namun saya tegaskan di sini kemajuan negara itu tidak mempunyai makna pun sekiranya rakyatnya berjiwa kosong, sekiranya rakyat tidak mempunyai tamadun.

dan kepada anda yg berjurusan bahasa dan kesusasteraan arab berbanggalah kerana anda telah dipilih oleh Allah untuk memahami kalam cintaNya. berbanggalah kerana anda telah dipilih Allah untuk memperjuangkan bahasa para nabi dan rasul, bahasa al-quran dan bahasa syurga.


Sesungguhnya saya cintakan bahasa arab kerana saya cintakan Allah dan rasulNya


saya:

NURUL AIMAN AWANIS BINTI ABDUL SHAHAR
PELAJAR TAHUN 1, 
JURUSAN BAHASA DAN KESUSASTERAAN ARAB,
KULIYYAH ADAB, MU'TAH UNIVERSITY,
THE HASHEMITE KINGDOM OF JORDAN
:)



that's all
sekian
wallahua'alam
wassalam




October 23, 2012

This Isn't Me Anymore

Assalamualaikum

seriously, kinda busy right now, sibuk dengan imtihan, selepas melepasi imtihan nahu dengan penuh dugaan, fuhhhh ! tiga madah masih menanti. busy mentelaah busy ber MukaBuku busy juga Berkicau eheh. blogwalking juga tak menyempat apatah lagi blogging. rasa tak cukup tanah untuk berjalan. okay itu semua tipu daya semata mata melariskan blog yg sememangnya tidak laris heyy.

saya selalu merasakan blog sangatlah tidak sesuai dijadikan tempat mengadu ataupun ibarat dear-diary-i-found-my-crush-today. namun, sometimes terpaksa juga ber storytelling dengan blog yg bisu pekak lagi buta nih memandangkan awak takde pakwe untuk mengadu (sedikit desperate disitu). kahkahkah. okay yg ini lagi menipu. tipu daya yg nyata. tipu daya syaitan. wahahaha. because it's just sometimes your feelings is easier to spill by writing rather than you got someone to be your ears, your crying shoulder bla bla bla. Thanks blog for being blind and deaf for me.





pernah tak dengar quotes or term about friendship?? orang kata bila sebut je pasal friendship, sampai kat girl's friendship je mesti it turns to become much more complicated than boy's friendship. but why?? yes walaupun hidup 18 tahun sebagai as a girl, aku sendiri tak dapat kenal pasti kenapa friendship perempuan sangat complicated.



admit that yet i still love troll. ahah

oh seriously ini sama sekali troll semata mata walaupun betul sebenarnya kan?kan?kan? 

kau kata sahabat dunia akhirat then bila dia susah mana kau pergi?
kau kata best friend forever then bila dia sedih kau pergi bergembira
you said you're the most sweet best friend on earth lepas tu bila dia sakit kau tak peduli pun..you said..
kau kata kitalah sahabat paling comel di dunia lepastu setiap kali kau je yg nak menang just because of your super duper huge ego
yet you still called it ukhuwah fillah???!
pleaseeeeeeeee I'm giving you the BIG L. yes, you !

LOOSER !

mungkin lepas ni kalau orang tanya
"who's your best friend?"

kita boleh jawab begini
"oh I don't have any. I make friends with music"

hahaha.boleh ke macam tu? yes people said perbezaan tu laa yg mengindahkan, perbezaan tu laa yg mencorakkan tapi ingatlah kita tidak boleh berbeza setiap masa. sometimes, it will be hurt.



i don't talk, i write

this is not me. I'm not like this. rasa macam minda aku telah di-hack oleh alien. wahahaha





I hate being a blogger in such an emotion. it's not cool. really not cool (-___-)

















October 04, 2012

yes, You did revive my soul :')

bismillah...
assalamualaikum

waterfall tears
can't say a word :(

i know that You could easily
take away everything You've given to me
and i try to remember
not to take anything for granted
cause i know that one day
suddenly this will all come to an end
so my last wish is for You to be pleased with me
Allah, ya Allah
guide me all the way to Your jannah
ya Allah, ya Allah
don't let me go astray cause i need you
by my side i wish to be closed
close to you throughout my life
ya Allah, o Allah
be with me all the way
i know that sometimes i do
i do forget that my next breath could be the last
forgive me cause i can't thank You enough
forgive me when i doubt your love
now i pray for that day
when all this stops and comes to an end
so my last wish is for You to be pleased with me
day by day passes
and i think my time could be near
so i pray o God let this world be in my hands
and not in my heart
cause soon i'll have to leave it
ooh guide me all the way
don't let me go astray

:')

Song: Guide Me All The Way
Artist: Maher Zain
Album: Forgive Me

foot note: sila search sendiri lagu ini di youtube. saya sangat malas nak meng-attach nya di blog cikai ini. anda sangatlah tidak cool dan awesome sekiranya anda tidak pergi menontonnya di youtube.eheh




September 27, 2012

arabians juga manusia biasa :/

bismillah
assalamualaikum

entri pertama di bumi dataran syam mengenangkan kelembapan pak cik arab untuk datang memasang wifi di rumah.katanya ghadan, kemudian ghadan, ghadan yg ketiga barulah pakcik arab tiba di rumah. terus saya terkenang abang2 tm yg gigih bekerja memasang itu ini di malaysia.ehemmm.lantas kerja2 meng hapdate blog tergendala seketika.sedih bukan?eh.


dear wifi. be nice to me. pleaseee !


tak kisahlah mereka melayu jawa banjar omputih orang jepun mahupun orang arab sekalipun tapi bilamana berdiri atas nama manusia, tinggal di bumi dan bukan di planet marikh ianya akan jadi sama sahaja.sepanjang keberadaan di malaysia saya selalu membayangkan mu'tah tu cemane la yee.sampai lah tibanya di bumi dataran syuhada' itu barulah terjawab segala persoalan.

saya membayangkan perempuan arab itu berjubah hitam lengkap sepasang setudung seniqab tapi tidak rupanya.mereka juga seksi tahuu ! peluh kecil disitu.tertipu saya.pfffftt.

saya membayangkan lelaki arab itu juga berjubah berserban segala bagai tapi tidak rupanya.mereka juga memakai jeans seperti typical malaysian guy.sekali lagi saya tertipu.

tapi tidak saya katakan semua arabians begitu.cuma sebahagian besarnya begitu sehingga pada suatu hari apabila pergi melawat ke makam para syuhada' salah seorang penjaga makam tersebut meluahkan kecewaannya terhadap wanita2 arab yg seksi yg tabarruj dan lain2. beliau juga sempat mengatakan begini

" saya sukakan malizi. saya sukakan mereka kerana agama islam. "

menurutnya lagi, wanita2 arab sepatutnya berpakaian seperti mana akhawat malaysia mu'tah berpakaian. menutup aurat, tidak tabarruj dan sebagainya. lalu terdetik di hati kecil saya apakah agaknya perasaan pakcik ini jika beliau datang ke malaysia tanah tumpah darahku dan menyaksikan dengan mata kepalanya sendiri bagaimana umat islam di malaysia itu. *uhuk uhuk* batuk kecil.




O Allah, i need that strenght



sepintas lalu teringat gurauan sahabat2 ketika saya hampir meninggalkan malaysia dulu

" nanti carikan aku pak arab sorang wehh :D "

ehemm. jika saya mencari syabab arab saya akan cari untuk diri saya.bukan utuk anda, anda mahupun anda heyy !*wink wink* oh tidaklah. itu juga satu gurauan. why?mungkin pahit untuk saya katakan tapi itulah hakikatnya. qulil haq walau kana murran. berkatalah benar walaupun ia pahit. fakta yg dibuat oleh diri saya diri sendiri.ehemmm

9 DARIPADA 10 SYABAB ARAB MERUPAKAN PEROKOK

hatta yg berjubah juga merokok.serban mereka itu tidak menjamin bahawa puntung2 rokok tidak menghiasi tangan mereka.oh shisha juga.jadi bagaimana?anda wanita2? masih mahukan syabab arab kah? oh saya mencadangkan supaya kalian berfikir 2 3 4 5 6 7 8 9 bahkan 10 kali dan menimbang semula cadangan kalian.kekeke

pergaduhan antara a'ilah(puak) meruparakan 'uruf yg menjadi bahan tatapan umum. sampah di merata tempat itu merupakan satu kebiasaan. toilet yg sangat kotor itu bukanlah satu suasana yg canggung mahupun janggal. mahu ataupun tidak hidup harus diteruskan.

itulah fakta2 pahit yg perlu saya akui sepanjang 21 hari menjadi tetamu dataran syam ini. sepanjang 21 menjadi 'jiran' para sahabat yg syahid di medan perang mu'tah ini. saya di sini bukanlah ingin memburukkan tanah tempat tarbiyah saya ini tapi biarlah ianya menjadi pengajaran kepada semua. tidak kiralah bertebaran di atas bumi Allah yg mana  hatta di ardul kinanah sekalipun, jika tidak pandai membawa diri, tidak pandai mentarbiah diri kita akan hanyut dalam kesesatan.

" sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, kamu tidak akan
sesat selama mana kamu berpegang dengan kedua-duanya
iaitu kitab Allah (al-quran) dan sunnahku "

HR Malik bin Anas


i am muslim and i am not a terrorist


so, jika kita inginkan islam itu teguh semula, jika kita inginkan khilafah itu bertapak kembali, kita umat islam harus berubah. berpeganglah pada al quran dan as sunnah. hidupkanlah kembali islam itu. ingatlah bahawasanya orang kafir itu tidak takut akan demonstrasi besar besaran, tidak takut akan pembakaran rumah dan kereta, tidak takut akan tunjuk perasaan tetapi mereka takut akan ramainya jemaah di masjid ketika solat subuh dan ramainya yg bangun malam untuk qiamullail.

p/s: sila jangan risau akan saya. insyaallah saya tak pape. orang arab tak baca belog saya tauu :DD


that's all
wallahua'lam










September 06, 2012

miss the old time :')

bismillah...


sejujurnya dah malas nak update blog.nak update time dah sampai jordan sana.tapi disebabkan panggilan daripada seorang sahabat siang tadi, blog cikai ini diupdate juga.katanya "update laa sekali before kau terbang.pleaseee.aku mohon kau tolonglaaaa update blog sekali jee before kau pergi.aku sanggup buat ape jee janji kau update blog.gunung tinggi sanggup ku daki.lautan api sanggup ku renangi....."
err sedikit over disitu.tapi apa apa pun thankss NUR SYAFINAZ AZMI sebab bagi saya ruhul jadid untuk menghapdate blog.



hai saya syafinaz.saya cantik dan kurus :D



so dengan izinNya insyaallah kurang 24 jam lagi saya akan meninggalkan malaysia bumi indah dan permai bagi menyambung tugas sebagai khalifah di jordan ardul kinanah.mencari ilmu di bumi tarbiyah.meneruskan perjuangan sebagai seorang da'ie disana.jadi, saya mintak jasa baik daripada awak, awak dan awak untuk mendoakan yg terbaik buat saya.let my feet stand firm and my heart stay unchanged *ir iman saya pinjam tagline awak yee*

berat rasanya nak tinggalkan tanah tumpah darah jantung hati paru paru otak saya ni.meninggalkan family.tambah2 lagi bila sahabat2 call sms and wish itu ini.sedih woii *air mata mengalir* tapi mujahadah harus diteruskan.just remember setiap pertemuan pasti ada perpisahan.kalau tak bertemu kembali di dunia insyaallah di syurga sana *lap hingus..erkk*

so i'm here just to say massive thank you to all of you yang menyapport saya dari atas bawah depan belakang...err dari semua arah lah.being there for me ketika saya susah dan senang.semoga Allah membalas jasa korang.sangat dihargai

setakat ini sahaja post simple lagi pendek ini.harapnya kita diizinkanNya utk bertemu kembali.

sampai jumpa lagi
till we meet again
ilai liqo'

*air mata mengalir laju.mencurah curah ke ladang gandum.erk -__-" *

that's all
wassalam



August 15, 2012

If you wish to check how much you love Allah, then see how much your heart loves the Quran

[credit] wa bilqurani dustura





bismillahirrahmanirrahim

disebabkan tidak diizinkan oleh Allah untuk menulis,maka tidak datanglah ilham kepada ana untuk menulis.
jadi ana telah mengambil keputusan untuk menyampaikan sebuah cerpen untuk antum semua

cerpen yg sangat masyaallah.telah selamat di-copy oleh ana dengan jayanya.eheh.
rugilah antum semua kalau tak baca ni.tak dapat merasa salah satu nikmat Allah.kekeke :D
SELAMAT MEMBACA.ENJOY !






"weh Umar ! macam biasa."
Fadhlie Al-Husaini menjeritdari dalam biliknya kepada teman satu bloknya..teman yg turut sama digelar geng ponteng prep, sama sepertinya.

malam itu mereka tidak pergi ke prep sekali lagi dan malam itu giliran umar yg demam.umar memakai berlapis-lapis pakaian, bermula dengan tight kemudian singlet diikuti dengan tshirt besar dan kemudiannya sweater yg berjenama nike.umar melompat lompat ringan supaya badannya berpeluh.kemudiannya dia membaca quran yg dianggap penawar(ubat hati).lalu umar mengambil buku yg hendak ditelaah dan berbaring di atas katil sambil menyelimutkan dirinya.

itu semua helah yg telah dirancang.andai ada warden yg datang meronda, sakit adalah alasannya. dan umar akan mengatakan bahawa dia telah makan ubat dan sebab itu badannya tidakpanas lagi malah berpeluh peluh.hakikatnya ubat yg dimaksudkan ialah al quran yg dibaca sebentar tadi.
ubat utk hatinya yg berpenyakit.sebab itu, dalam berhelah mereka tidak akan guna perkataan 'demam'.
sebaliknya hanya menyebut sakit secara umum iaitu masalah hati yg berpenyakit.dan yg seorang lagi, akan menggunakan alasan menemankan pelajar yg sakit.

setakat ini, prestasi mereka cemerlang kerana belum pernah terkantoi dgn mana2 warden lagi.umar terus membelek belek buku ekonomi asas selepas membaca doa.

tok tok.fadhli masuk memberi salam.

"weh Umar aku ada prob dohh.husni suruh aku bagi tazkirah lepas al mulk besok" adu fadhli.suasana hening seketika.umar terus melayan lagu 'isteri solehah' yg rancak berkumandang di mp3.sengaja dia tidak mengendahkan pertanyaan fadhli.

"weh weh weh..." fadhli buat gaya gedik.
"ye ye...aku dengar ni...kau nak cakap pasal apa?"
"ermmm any suggestion?"
"kalau aku, kau ingatkan budak2 kita ni pasal quran je la..jangan berani tinggalkan quran tu.walaupun cuma sekali.."umar buat muka habis macho, diangkat sedikit keningnya.
"hahaha...PLKN...okay tak?"
"terbaik!!"
fadhli tersenyum puas.dia sudah ada topik.cuma perlu sedikit huraian.kitab bio-scorenya masim belum terusik.

"tapi macam biasalah, kita nak nasihat orang, kita ni kena bersih dulu. so, malam ni, kau taubat dua rakaat dulu.besok pagi, insyaallah kau qiam sekali dengan aku."
"settle bro..sayang kau dohh.."
"dah dah..jangan ngada2.geli.jangan yakin sangat.ingat ni (18:23-24), insyaallah??"
"hehe..astaghfirullah..insyaallah"

kemudian, masing2 hanyut dengan subjek tersendiri.suasana bilik hening.

*********************************************************************************
'sodaqallahul azim'

selesai si MC majlis liqo' al mulk membaca doa, fadhlie al husaini kelihatan teragak agak.sekilas dia terpandang umar mujahid, dia menepuk nepuk dadanya, tanda berdebar. umar tersenyum, sambil mengangguk dan membyat isyarat jari telunjuk dihalakan ke atas kemudian menepuk dadanya sekali.
itu trademark mereka 'Allah ma'ana...'

dengan senyuman yg kelat, fadhlie al husaini bangkit lalu berjalan tenang ke hadapan.umar mujahid cuma tersengih kerana walaupun sebentar tadi fadhli kelihatan gemuruh, tatkala dia mula melangkah, wajahnya berubah serius dan langkahnya kini langkah seorang mujahid.

"assalamualaikum w.b.t....pertama tamanya sama2 kita panjatkan kesyukuran kita kpd Allah swt sebab sampai ke saat ini kita adalah hamba yg Allah pilih utk berada dlm majlis ilmu yg mana kita sendiri dah maklum fadhilatnya.seterusnya selawat dan salam ke atas junjungan besar nabi muhammad sawkerana dengan berkat perjuangan baginda, kita dapat rasai dua nikmat terbesar iaitu nikmat iman dan islam"

"err..kenapa muka semua serius?seram lah der~~aku tau terkejut tengok aku cakap kat depan ni....."

"wooo...ana! ana! ana!.." rakan2 nya bersorak supaya fadhli membetulkan kata ganti diri bagi dirinya.

"hehe..sori2.tak biasa la.ok camni la,takpayah buat muka bengis korang, eh antum! ok dengar betul2 apa yg ana nak cakap ni.bismillahirrahmanirrahim..." suara fadhli sayup memperdengarkan bacaan dari surah hud ayat 112. semua yg mendengar kelihatan terpukau.

"jadi macam yg semua maklum , ana ni bukan dari golongan mereka yg selalu berdiri di hadapan, beri peringatan untuk kita semua macam geng2 badar semua tu..tapi menyedari taklifan yg Allah turunkan kepada kita spt dalam firmanNya dalam surah ali imran ayat ke 104, maka malam ini ana bangkit utk sedikit peng'sharing'an.ana yakin semua dah hadam ayat ni.

"ok berbalik pada ayat 112 surah hud tadi.moto sekolah kita 'fastaqim kama umirta'.itu mesej yg Allah siapkan utk kita.maka dgn itu tuan2 dan puan2 sekalian..." fadhli mula mendapat keyakinannya.dia sudah boleh memoyo di hadapan.

"haha.ingin saya tegaskan disini, PLKN yg kerajaan perkenalkan bukanlah suatu azab bagi yg thiqoh2 ataupun syurga utk mereka yg nakal plus gatal2 nak ambil kesempatan.sebenarnya plkn adalah titik mula utk kita berdakwah.ujian dunia luar pertama yg kita terima.

"oleh yg demikian sahabat2 yg dapat plkn, ana minta antum semua utk kita sama2 istiqomah .apa yg kita dapat kat sini tolong amalkan kat luar sana. jaga ikhtilat, dhuha, aurat dan lain2 laa.ana yakin antum semua lagi arif drpd ana.ingat ni dan pegang ni 'ihfazillaha yahfazuka' kita jaga hak Allah, Allah jaga hak kita.

mata fadhli bersinar sinar.tergambar keikhlasan dlm penyampaiannya.suaranya sedikit bergetar.mungkin sayangkan sahabat2nya.

"and ana nak curik masa sikit boleh tak?tentang quran yg tengah antum pegang sekarang ni.macam yg kita tahu, Allah cakap quran ni as petunjuk kita.antum boleh rujuk dekat (2:2),(2:185),(31:2-3).maka dengan itu tolong jangan kita tinggalkan al quran.tolong, tolong dan tolong.cuba antum bukak surah ke 57 ayat 9.minta sorang bacakan."

umar bingkas bangun lalu membacakan terjemahan ayat tersebut.

"Dialah yg menurunkan ayat2 yg terang (alquran) kpd hambaNya(muhammad) utk mengeluaran kamu dari kegelap kpd cahaya.dan sungguh terhadap kamu Allah Maha Penyantun, Maha Penyayang"

"syukran akhi" fadhli mengenyitkan mata.

"ha ! nampak tak?itu sebabnya kita tak boleh tinggalkan al quran.al quran boleh jadi salah satu asbab kita dapat hidup dalam biah hasanah sekarang ni.tapi kan ana pernah terbaca kat blog seorang muslimat ni, muslimat kat sekolah kita ni laa, dia persoalkan kita ni solat tapi kenapa still mencarut.kita mengaji quran, tapi still mengumpat sana, kutok sini...why??

semua mengangkat bahu kecuali seorang.fadhli senyum kepada lelaki tersebut.
"khaleed ana nampak enta tak angkat bahu.share laa jawapan enta.
"jawapannya ada kat surah ke 14, surah ibrahim ayat pertama"

masing2 menyelak quran terjemahan mereka.termasuk umar dengan quran hijaunya.masing2 tersenyum puas dengan jawapan khaleed sebentar tadi.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

alif lam ra.ini adalah kitab yg kami turunkan kepadamu (muhammad) agar engkau mengeluarkan manusia dari kegelapan kepada cahaya terang benderang dengan izin tuhan iaitu menuju jalan Tuhan Maha Perkasa, Maha Terpuji

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

sungguh mendalam makna ayat tersebut.umar mujahid seorang yg sensitif.matanya sudah melelehkan air mata.tetapi dilindung denganquran hijaunya.

"sahabat2.keberhasilan kita dalam mendekati Allah itu bukanlah perkara yg akan dipersoalkan .tetapi usaha ke arah menjadi muqorrobun itu yg Allah akan tanya kita.soal jadi soleh ke tak, thiqoh ke tak, nombor 2.Allah tak pandang natijah tapi pandang gerak kerja.ingat ni sahabat2."

"jangan sekali kali kita tinggalkan quran.selama lamanya terutama tatkala kita hebat diuji dan contoh terdekatnya apabila kita plkn nanti.walau macam mana busy pun kita, tolong curi masa untuk mengaji.and yg paling penting quran tu jangan la tertinggal pulak.macam mana nak baca.tahulah semua huffaz quran"

pecah tawa.keadaan di musolla gamat seketika

"ini sebenarnya nasihat nasihat drpd sahabat kita umar mujahid b robbani.dia dah lama nak cakap sebenarnya tapi sebab dia lebih suka mendengar drpd bercakap, maka dia cuma pendiamkan sahaja" 

sengaja fadhli memetik nama sahabatnya.semua mata tertumpu ke arah umar yg sedang menangis.maka semua orang pun percaya mesej itu memang daripada umar.

"rasanya sampai disini saja.yg baik itu drpd Allah dan yg buruk itu atas kelemahan ana sendiri.jazakumullahu khair..assalamualaikum wbt.tangguh dgn tasbih kafarh dan surah al asr"

semua pun bersurai.fadhli al husaini memeluk geng ponteng prepnya, umar kemudian jalan beriringan ke blok mereka.
malam itu semua pelajar sekolah berprestij itu tidur dengan nyenyak sambil al quran berada dalam dakapan masing2.sementara itu, fadhlie al husaini dgn umar mujahid sedang bermadu kasih dgn Tuhan mereka sebelum turut sama tertidur dengan memeluk quran masing2.



[credit] alhamdulillah 'ala kulli hal



NOTA KAKI:
seluruh cerpen ini telah diambil daripada karangan seorang sahabat.ana disini tidak mempunyai sebarang share mahupun royalti apatah lagi perkongsian idea.sekadar menyampaikan untuk tatapan bersama.ballighu anni walau aayah


oh di kesempatan ini ana juga nak ucapkan selamat hari raya maaf zahir batin.eid mubarak,kullu am wa antum bikhair.semoga kita diizinkan olehNya utk bertemu dengan ramadhan seterusnya.jazakumullahu khairul jaza'



[credit] it's syawal !



thats all
wassalam







July 30, 2012

kambing dan ayam

bismillah
assalamualaikum
tak jawab dosa :p

yeah hai dunia.tajuk entri kli ni ialah kambing dan ayam masak merah.err entri kali ini sama sekali tiada kaitan dengan juadah sahur mahupun juadah berbuka puasa hari ini.

selesai solat tarawikh malam 11 ramadhan kat masjid macam biasa ada tazkirah sedas dua bagi mengingatkan manusia yg sering lupa.tazkirah oleh al fadhil ustaz hishamuddin tun hussein.beliau bercerita tentang kezaliman sebenarnya.menarik.tapi sayang sejuta kali sayang sebab tak catat tazkirah dia.yelah awak pergi tarawikh mana le bawak notebook ye dak?semua merasakan diri tu keturunan imam syafi'ie.ehemmm

tapi tetarik saya dengan satu kisah yg diceritakan oleh ustaz tu.kisah ayam dan kambing.katanya cikgu sekolah beliau yg ceritakan kisah tu.errr kenapa cikgu saya takdek pun cerita pasal kambing ayam tikus semua?*abaikan*


gambar tiada kaitan dengan yg hidup mahupun yg telah kembali ke rahmatullah


al kisahnya begini.......suatu masa dahulu *background bunyi ombak dan burung2 berkicau* ada seekor ayam dan seekor kambing yg hidup berjiran.suatu hari si ayam bersolek.pakai cantik2,hensem2.pakai bedak eyeshadow maskara lipstick dan yg seangkatan dengannyalah.segala bahan kecantikan yg ada di atas muka bumi nih dia tonyoh.dah siap tu dia pun keluar laa dari reban dan kemudian lalu dihadapan kambing yg tengah syok menikmati keindahan petang sambil menghirup udara segar kurniaan Allah *background bunyi burung2 berkicau*.lepas tu terlihatlah oleh kambing ayam yg nampak cantik dan hensem tu.si kambing pun menegur

kambing: amboi cik yammmm cantiknyaaaa kau harini.wangi pulak tu..*nada makcik2 ngumpat dengan jiran sebelah*  
ayam: yeke cik bing??i nampak cantik ke hari ni youu??terima kaseh.terharuuu i @_@ *rolling eyes*
kambing: kau pakai cantik2 ni nak kemana? 
ayam: takdek kemana lah cik bing oi.saje je pakai lelawo depan kau sebab aku tau kau mesti puji aku.

cik bing pun rasa tension bengang dengan cik yam lalu berfikir dalam hati "cemane aku nak kenakan ayam betina tak sedar diri ni".cik bing pun dapat satu idea lalu berkata

kambing: yam yam, kau nak tau tak?kau kalau pakai segak cemane pun kau solek cantik cemane pun wangi cemane pun kaki kau tetap kaki ayam *nada datin2 bengang sebab tak dapat beli emas baru sempena aidilfitri yg bakal tiba*

bila dengar je cik bing cakap cenggitu cik yam lagilah bengang.dalam hatinya berkata "dasar kambing jelesss.dah la busuk tak mandi bla bla bla...."cik yam pun berkata

ayam: bing kau nak tau tak kau lagi teruk sebenarnya.nama je berjanggut tapi bertelanjang
          
tamatlah resepi alkisah ayam dan kambing masak kurma ni
eheh macam tergantung pulak kan?
p/s:kisah ini terpaksa ditokok tambah serta di-edit sedikit demi menjaga kemaslahatan ummah.ohoii


keep smile :) it's sunnah

ibrahya disini *ibrah ni daripada ustaz tau bukan daripada saya.segala kesilapan harap dimaafkan*
ibrahnya disini orang yg tak menutup aurat ni samalah seperti si kambing.orang yang makan rasuah juga sama seperti si kambing.orang yg mengumpat juga mengikut jejak langkah si kambing.kenapa?

sebabnya mereka ni semuanya berpuasa tapi tak menutup aurat.mereka berpuasa tapi masih makan duit haram rasuah.mereka berpuasa tapi pada masa yg sama memakan daging saudaranya sendiri.apa yg diibaratkan dengan kambing tu ialah ayat "berjanggut tapi bertelanjang".maksudnya perintah Allah ada yg kita
ikut ada yg kita tak ikut.bak kata al fadhil ust azhar idrus

"mung ni kejap pakai tudung kejap tak pakai tudung mung ingat masuk neraka
ni kejap kejap ke?"

lebih kurang macam tu la.Allah S.W.T berfirman dalam Al-quran:

"wahai orang2 yg beriman, masuklah kalian kepada islam secara kaffah(menyeluruh), 
dan janganlah kalian mengikuti jejak2 syaitan kerana sesungguhnya
syaitan adalah musuh besar bagi kamu"
Al-Baqarah 2:208

"sesiapa yg berpuasa tapi dia tidak menutup aurat puasanya sah tetapi dia mengurangi pahala puasanya"
sumber:ust dr zaharudin abd rahman

nak menyimpang tajuk lain kejap.firman Allah s.w.t

"wahai orang yg beriman, janganlah kamu menjadikan bapa2 mu dan saudara2 kamu sebagai
orang2 yg didampingi (pemimpin) jika mereka memilih kufur dengan meninggalkan iman, 
dansesiapa diantara kamu menjadikan mereka orang yg didampingi,
makamerekalah orang orang yang zalim"
attaubah 10:23

comel :D


jadi untuk PRU13 akan datang pilihlah pemimpin yg betul.*eh tetibe* supaya kita tidak tergolong
dalam kalangan orang2 yg zalim.naudzubillah

wallahua'lam
that's all
wassalam















July 24, 2012

itu yang terbaik :')

bismillahirrahmanirrahim
asssalamualaikum......

terasa lamanya tak update blog.nak taip pun dah terketar ketar tangan ni.acece...
terdetik jugak macam nak stop blogging tapi atas permintaan ramai peminat (sila muntah) blog ni terus hidup.ehemmmm.mereka nangis2 merayu "janganlah stop wehh aku teringin baca cerita2 kau kat jordan nanti".lalu apakan daya.insan yg tak seberapa ni terpaksa meneruskan kerja2 menaipnya.lagipun bukan perjuangan namanya kalau baru melangkah sedikit sudah rasa nak berpatah balik.belum pun hadapi rintangan tapi sudah mengalah.itu tersangatlah tak awesome.
teringinlah bercerita pasal daurah yg lalu.DAURAH AWESOME namanya.kau hade??eh takde niat untuk timbulkan kejelesan disitu tapi sana sini mereka bercerita pasal u masing2.tau lah awak tu intec -_-".eh


fi kulli syaik...LILLAH !

ari pertama menjejakkan kaki ke KUIS yg serba indah (seriously indah.ada tasik weh.kmb ada ke tasik2 tu semua??eh lagi) lepas selesai semua urusan ada taklimat kat surau.datang dengan penuh azam tanpa diduga taklimat dalam BAHASA ARAB.fully.lalu ternganga nganga lah kami semua.maa fahimtu syaik -__-
tapi jihad perlu diteruskan.ni baru ujian sikit takkan dah give up.kata nak jadi hamba Allah yg awesome.mestilah kena sabar.ye dak??then dapat tahu ada exam nak divide kelas.Allah...rasa macam berdebuk debuk jatuh tangga.jawab exam dengan tekun dan seriousnya.nampak macam hebat sangat padahal dalam hati masing2 merungut "woii soalan apa ni??kenapa senang sangat??".habis exam terus diserang sakit kepala.otak terkejut agaknya.


balik bilik untuk uruskan barang2 toileteries bagai.sekali pintu bilik ada problem tak boleh bukak.terpaksalah tunggu sampai esok untuk bukak pintu.lalu malam tu bertebaranlah kami berempat di dorm sebelah.Alhamdulillah dikurniakan jiran dorm yg sangat awesome dan memahami.tapi malam esoknya kunci pulak tertinggal dalam bilik.adesssss.takdek jalan lain.tombol pintu bermasalah yg baru jee diganti semalamnya terpaksa dijahamkan.kalau tak macam mana nak masuk woi.lalu naiklah nama kami berempat dekat majlis fello asrama.muka2 penjaham pintu.muahaha.baru dua hari macam2 ujian Allah turunkan.datanglah syaitan laknatullah membisikkan ke hati insan yg lalai ni.


"ishhh mampu ke kau?baru dua hari.kalau sebulan....?

cisss.dasar syaitan.pergi main jauh2 lah.fasabrun jameel.


"ataukah kamu mengira kamu akan masuk ke syurga padahal kamu belum
diuji seperti yg dialami oleh umat umat terdahulu sebelum kamu.mereka
ditimpa kemelaratan, penderitaan dan digoncang(dengan pelbagai dugaan) 
sehingga rasul dan orang2 yg yg beriman bersamanya berkata:
bilakah datang pertolongan Allah?sesungguhnya
pertolongan Allah itu dekat"
Al-Baqarah 214

takdir Allah meletakkan insan ini di satu kelas yg super awesome.AL AKHFASYH namanya.melompat kegirangan insan ini(err takdelah sampai macam tu sekali) sebab dapat satu kelas dengan hanis and suraya.belajar belajar belajar and belajar sampailah terdetik kat dalam hati.ishhh selama ni aku kat sekolah belajar apa?kenapa lampi semacam?haaaaa itulah yg dinamakan belajar sebab nak dapat A+. rubbish je A+ dekat slip spm.okay boleh lah ye bakar slip spm tu sekarang.sila sila.ustaz pun menggaru kepala.katanya kamu kamu kamu semua ni belajar sebab spm.sebab tu lah belajar arab tanpa baris.konon hebat padahal...
ada satu soalan tak terjawab dari ustaz.sapa boleh jawab dapat duit raya

"kamu belajar bahasa inggeris kat sekolah dalam bahasa inggeris kan?kenapa belajar
bahasa arab dalam bahasa melayu pulak?"

krik..krik..krik.satu kelas diam.denga suara kipas je.so anyone?


Akhfasyh Al Awwal Hu ha !


nak cerita sikit pasal bi'ah kat daurah.terasa lainnya kalau nak compare dengan bi'ah kat sekolah.sangatlah berbeza.ibarat langit dengan bumi.serba serbi terjaga.seriously mula2 terdetik dalam hati 

"ishh tak sporting langsung budak lelaki kelas ni.semua pendiam"

kerana selama ini insan ini terdedah dengan suasana begitu di sekolah.lelaki dan perempuan bercampur.duduk sebelah sebelah tanpa rasa apa apa.bergurau senda tu perkara2 biasa.tapi tak lama selepas tu barulah insan ini faham.diorang bukan tak sporting diorang bukan pendiam diorang bukan pasif tapi itulah yg dinamakan 'menjaga'.mereka bercakap ketika perlu sahaja.setakat nak tanya dah makan belum, hari ni mandi ke idak tak perlu kot semua tu.tapi apabila diminta memberikan tazkirah, peringatan dan sebagainya tak jadi masalah untuk diorang.dengan jujurnya aku cakap sepanjang 5 tahun duduk sekolah tak pernah lagi ah jumpa ikhwah yg macam ni.dusss harapan je la nak jumpa orang2 macam ni kat integomb

"sesiapa yg beriman kepada Allah dan hari akhirat hendaklah dia bercakap 
perkara yg baik ataupun diam........"
HR Bukhari dan Muslim

tak jadi masalah pun kalau bercakap benda yg perlu sahaja antara lelaki dan perempuan itu.bukannya boleh bawak mati pun.buktinya ikhtilat antara kitorang sesama classmate ni sangat terjaga tapi benda tu tak jadi penghalang pun untuk jadikan majmu'ah kitorang super awesome.kitorang ada je explorace,sketsa semua tu.ohoi ingat korang jee ada orientasi??kitorang pun ada tahuu.so tak perlu pun benda2 tu semua.tak menarik pun bila ikhtilat tak dijaga.takde yg awesome pun kalau dapat bercampur antara laki dengan perempuan tanpa batasan

"ia (iblis) berkata: Tuhanku oleh kerana engkau telah memutuskan bahawa
aku sesat, aku pasti akan jadikan (kejahatan) terasa indah
bagi mereka di bumi dan aku akan menyesatkan
mereka semuanya"
Al-Hijr 39

pernah tak korang rasa perasaan bila berada kat sekeliling orang yg lebih hebat dari korang?mesti pernah kan?rasa segan je.kalau boleh setiap masa nak duduk bawah selimut.ohoi nampak tak overnya -___-".
kalau kat sekolah dulu kau boleh tersenyum bangga lah kononnya sebab jadi golongan minoriti yg dengar nasyid tapi kat sini kalau orang yg dengan lagu selain nasyid ni sangat lah pelik.kalau dulu kau lah yg paling hebat ketawa terbahak bahak kat dm sambil mengumpat makanan dm tak sedap tapi kat sini kalau suara kau terlebih oktaf sikit pasti ada yg tegur.kalau dulu kau dengan selambanya makan berjalan sambil mengutuk makcik kantin sebab tambah sambal kena bayar 20sen tapi kat sini kalau kau makan berdiri pasti ada si baik hati yg menegur "awak makan duduk ^_^".eh ni bebetul baik hati tau.bukan perli

sampai satu saat terasa kerdil dan rendah diri atas sebab2 rasa kekurangan ilmu yg amat sangat setelah mengomparekan diri dengan orang2 hebat tu.barulah terasa macam ya Allah gila banyak ah benda yg aku taktahu.sampaikan kalau duduk borak2 tu mesti akan ada yg mengingatkan yg bagi tazkirah.bagus kan diorang ni?kau hade??ohoii


anak2 integomb.mwahaha


so secara overallnya DAURAH AWESOME sangatlah seronok.rasa macam datang sebagai cawan yg kosong dan balik sebagai cawan yg penuh.acecece

that's all
wassalam















May 25, 2012

Reaching for the stars :D

well assalamualaikum world
sihat?dah ucap alhamdulillah hari ni?




so whatsupp?
yeah aku nih tengah menghitung hari jee nak sambung belajar setelah duduk kat rumah for about 5 months doing nothing.no.takdelah doing nothing.aku pun reti tau buat kerja berfaedah.for now ramai member member yg dah start masuk u meninggalkan aku bertapak tapak ke belakang.ececece

setelah menimbangkan offer2 yg aku dapat end up nya aku pilih untuk sambung bahasa arab.kat mana?
kat jordan alhamdulillah.actually aku teringin gila sambung islamic studies.tapi takdir tak meletakkan aku kat islamic studies so ke arab laa aku akhirnya.so pandangan korang untuk budak budak yg ambik arab ni?
hmmm banyak komen yg aku dapat.komen yg membina tak kurang juge komen yg err err apaper je laa

"waaa ambik arab ke?bagus laa tu.bahasa arab kan bahasa syurga"

"ambik arab kat jordan?hmmm bagus2.kalau kat jordan senang sikit nak 
belajar arab sebab dapat suasana arab"

"laa ambik arab ke.ingatkan ambik medic.rugi laa belajar susah2 dulu"

"err kalau ambik arab nak keje apa eh?"

yupp aku mengaku mungkin tak sehebat orang yg ambik medic tak sehebat orang yg ambik engine tak sehebat orang yg ambik dentistry tak sehebat orang yg ambik architechture tak sehebat orang yg ambik pharmacy and apaper lagi course yg gempak2 tu.tapi aku tahu kemampuan aku kat mana.lagipun bahasa arab kan bahasa syurga.bahasa arab kan bahasa al quran?
even dulu aku sangat3 meletakkan harapan untuk ambik dentistry *orang kata jadik dentist kaya.mwahaha* tak itu cuma faktor sampingan sahaja.aku sangat lah nak jadik dentist.tapi result biology spm aku telah mengurangkan keyakinan aku untuk ambik dentistry.yes memang aku layak nak ambik dentistry tapi aku sendiri tak punya keyakinan untuk survive dalam dunia dentistry yg penuh mencabar tu.

be strong sis !


bila dapat offer uia seriously aku dilema.sebab apa?sebab aku nak gila masuk uia.since aku masuk integomb, hati dah start suka kat uia.mana tak nya segala program sekolah buat kat uia.kem arab buat kat uia kem naqibah buat kat uia kadang2 training hoki pun pegi uia sampaikan road run pun nak buat kat uia 
-_-".heee takpaham aku.last last hati aku jatuh cinta kat uia.seorang senior pernah cakap macam ni 'uia telah berjaya tarbiah aku'.ada jugak tu yg cakap 'masuk lah uia.insyaallah seimbang dunia akhirat'.heeee.tapi nak buat camana.takdir tak meletakkan aku di uia.sebab seriously aku nak gila pergi jordan.cumanya plan asal nak pergi jordan buat dentist.
ALLAH MERANCANG, KITA MANUSIA PUN MERANCANG TAPI KETAHUILAH PERANCANGAN ALLAH ADALAH SEBAIK BAIK PERANCANGAN.

honestly bila korang tanya perasaan aku dapat jordan aku gembira gila.sebab apa?sebab dapat pergi jordan laa.yes sebab aku memang nak sangat pergi jordan.terleka sebentar aku sampailah seorang kakak mengingatkan.yes kakak aku ingatkan.betulkan niat.ingat pergi jordan sebab apa?sebab nak belajar kerana Allah bukan sebab nak pergi jordan.ummi pun cakap.perbaharui niat.kalau rasa niat tu macam dah tak betul, betulkan balik.sebab someone pernah cakap macam ni

'kalau kita pergi sana atas niat kita nak pergi sana kita akan rasa seronok kejap je tapi
kalau pergi sana atas sebab nak menuntut ilmu insyaallah kita akan 
seronok sepanjang tempoh kita belajar kat sana'

err paham tak?ke aku cakap bebelit sangat?

aku mengharapkan yg terbaik untuk keputusan yg aku ambik ni.moga Allah permudahkan semua urusan.
insyaallah kalau takde aral melintang kalau umur panjang lepas raya aku terbang.*eh macam pantun pulak*

so bercakap soal kerja plan aku macam ni.habiskan degree 4 tahun kat jordan then balik malaysia buat masters lepastu kahwin kerja.pensyarah insyaallah.nak jadi pensyarah kat uia lah.tak dapat study kat uia kerja kat uia pun best jugeee.heeeee





oh by the way orang kata engineer ramai hensem2.mwahaha




thats all
wassalam :)






















May 21, 2012

Love makes me strong (':

ececece kau punya title takboleh nak gedik lagi ke?

oh lupa nak bagi salam.
assalamualaikum semua...

yes aku tahu tajuk memang agak gedik sedikit but seriously bukan tujuan untuk traffic whore.
tapi memang nak review sikit pasal loveydovey nih.suka lah tuu


penangan tengok buzzer beat haritu.aku terus dapat ilham nak tulis apa kat blog.gila ketinggalan zaman aku baru tengok buzzer beat.cerita zaman tok kaduk tu.nampak tak lopeknya aku.erkk actually takde aa ketinggalan zaman sangat.2009 punya cerita.tak silap aku aa.and and the story was just too awesomeeee.seriously korang patut tengok.hero dia agak sedap mata memandang.tak memang handsome pun.and heroin dia cantikk gilaaaa weh T_______T.somehow aku rasa cerita jepun is more amazing than cerita korea.bahasa korea agak buruk didengar.ouch sorry kpop lovers -_-" no.thats not the point actually.cumanya kalau compare storyboard korea dengan jepun, cerita jepun is way much much much better than cerita korea.pandangan aku laa.kpop lovers sila jangan baling telur kat aku.

Kamiya Naoki :DDD


okay fine.just stop all the crap.let's move to our main point

"LOVE MAKES ME STRONG"

hell yeah.what a beautiful quote yang aku jumpa dalam buzzer beat.actually aku teringin post quote ni as status aku kat fesbuk.saje nak tengok apa feedback yang aku akan dapat.tapi aku batalkan sebab err sebab taknak mewujudkan kontroversi murahan.maybe.bhahaha.
err bagi yg dah tengok buzzer beat mungkin akan kata macam ni

'waa ni dalam buzzer beat kan?kan?'

cess.saje nak kantoikan aku.baru nak poyo sikit kononnya quote ni aku yg punya.
tapi berdasarkan research yg aku jalankan ke atas pengguna2 fesbuk kemungkinan besar akan ada komen2 macam ni

'wah wah wah.dah pandai ea kau sekarang.kemain lagi'
'bau nasik minyak aa.kahwin nanti jangan tak jemput aku pulak'
'sape doh orang tu?kau tak story kat aku pun.im aku jap'

oh my... i can't tell you how narrow your mind is.bila ada someone post status2 macam ni komen2 sebegini selalunya akan muncul.aku tak nafikan kadang kadang aku sekali terjoin dalam kalangan orang orang macam
tu.thats why aku buat post ni.kenapa mind set kita mesti fikir macam tu.bila cakap pasal love jee mesti nak kaitkan dengan  kekasih,gf,bf or whatever it is.
aku sendiri pun pelik kenapa macam tu.but salah satu sebabnya aku rasa remaja zaman sekarang*aku pun sama* dah dicurahkan dengan terrrrrrlalu banyak kisah cinta or maksiat or bla bla bla.kat tv paling obvious sekali.aku nak tanya kat korang cerita melayu apa or movie melayu apa yang takdek langsung langsung pasal cinta?aku bagi kau sepuluh ringgit kalau kau dapat senaraikan lima.tak banyak lima je.aku taknak bising pasal cerita matsalleh or cerita jepun or cerita korea yang buat cerita cerita macam ni.dah tu memang budaya dorang kot.takpayah nak kecoh sangat aa kan.

aku pernah dengar one of video aiman azlan yg cakap lebih kurang macam ni.kita ni sibuk dengan kempen jangan buang bayi lah hape lah tapi punca kepada benda tu kita tak sekat.cerita2 macam ni(cerita ME-LAYU terutamanya)terus keluar macam air mengair kat tv.dah la tak menarik.director kata kononnya supaya penonton dapat pengajaran.what the...?puihhh.lame excuse.yg tengok cerita tu bukannya semua golongan bijak pandai yg memang totally dapat 100% pengajaran yg dia nak sampaikan tapi ada sebilangan kecil.no.aku rasa sebilangan besar yg akan tersalah tafsir apa yg dia nak sampaikan.golongan bijak pandai pun ada yg terpesong tahu.
i know this picture ganggu thing kat sebelah kanan ni sikit.but i wont resize it.just love the huge one.it looks gorgeous :D





aku sebenarnya just nak ajak korang korang korang and korang and aku sekali untuk open our mind wider.think extraordinary.don't look it at only one side but look overally

"LOVE MAKES ME STRONG"

one picture quote tells thousands meaning.yess.so true !

CINTA ALLAH JADIKAN AKU KUAT
CINTA RASULULLAH JADIKAN AKU KUAT
CINTA IBUBAPA JADIKAN AKU KUAT
CINTA SUAMI.....err belum lagi
CINTA SAHABAT SAHABAT JADIKAN AKU KUAT
CINTA SAUDARA SAUDARA SEISLAM JADIKAN AKU KUAT

just smile (; the world will smile at you


"tidak sempurna iman seseorang itu sehingga dia mengasihi saudaranya 
sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri"
H.R bukhari

oh by the way haritu aku tengok rancangan khuatir syab kat tv alhijrah.and dalam rancangan tu wartawan tersebut ditugaskan untuk tanya kat orang awam.soalan dia berbunyi begini'sebutkan nama anak2 nabi Muhammad S.A.W'guess what.ramai yg taktahu nama anak2 nabi.ada jugak yg tahu.ade jugak yg tahu sikit2 je.and yg paling malang ada yg taktahu langsung.ada tu yg terlebih 'pandai' dia cakap anak2 nabi is hasan husin.ada pulak tu yg lagi lagi malang cakap aisyah dengan khadijah.aku taktahu aa kenapa rasa macam nak tumbuk je muka orang tu.shame on you.for your information rancangan ni sebenarnya berlaku kat negara arab.arab saudi tak silap aku.bumi anbiya'.i wonder why all this thing happened -_-'

No motive.sebenarnya time buat post ni aku lapa gilaa -..-"



oh ya by the way aku dah nak start belajar.4 jun ni dah start prep.dalam sebulan lebih.so sepanjang tempoh tu blog akan freeze.maybe akan ada one more post kot before aku start prep.then no more update sebab aku mana ada balik balik rumah.kena duk kat situ sebulan lebih and aku tak kaya macam korang.so belum ada laptop lagi.lepas tempoh tu insyaallah aku bebas macam burung terbang.banyaklah update nanti sampailah raya.woohooo.then...
jordan here i come.so goodbye malaysia bumi indah (':


that's all
wassalam