venus and mars

April 26, 2012

sekitar ragam2 interview

Assalamualaikum...
well gempak tak tajuk?
ada rasa nak lempang tak?:D

meh la duk sini kejap aku nak citer sikit kisah kisah di sebalik interview aku siang tadi........
tengahari 24 april aritu aku check kat internet and dapat panggilan untuk ujian kelayakan dermasiswa zakat aku pun terus Alhamdulillah.rezeki Allah bagi.seronok wehh.sapa yg tak seronok kann?

bermula dengan petang 24 april yg hening, burung burung berkicau dengan gembira, angin berpuput lembut, pokok kelapa melambai lambai dari kejauhan barangkali turut sama meraikan kejayaan aku yg dapat pergi interview.aaahhhh sudah sudah laa tu ! berhenti merepek.takdek sapa nak baca kisah sedih kau..-_-"
lepas bangun tidur dengan penuh terkebil kebil aku check handphone.
new message received dari nombor yg tak dikenali.lebih kurang macamni bunyik dia:

TAHNIAH ! ANDA BERJAYA SEBAGAI CALON UJIAN KELAYAKAN
&TEMUDUGA DERMASISWA LZS KE JORDAN/MOROCCO.
TARIKH:26 APRIL 2012, JAM 8.00 AM-5.00 PM
TEMPAT:DEWAN SEMINAR, MASJID NEGERI SELANGOR SHAH ALAM
SILA BAWA SIJIL-SIJIL ASAL DAN ALAT TULIS.
UJIAN BERTULIS DALAM BAHASA ARAB MELIPUTI KEMAHIRAN MENDENGAR,
NAHU,SOROF,MUTHOLAAH,BALAGHAH DAN MENULIS KARANGAN
MANAKALA SESI TEMUDUGA DALAM BAHASA ARAB

aku pun macam...:0.kelu terus lidah aku.hilang segala kegembiraan.gelap dunia aku.eh eh takdelah sampai macamtu sekali.
masyaallah subhanallah ya Allah....LUSA???ya rabbii.....
oh kenapa??why??why me?? *takpayah over sangatlaakan?ngade ngade aa kau*
so,dengan kibutnya aku mula menggali kotak kotak buku mencarik modul.aku tengok modul arab aku tengah beristirehat dengan amannya kat dalam kotak.tapi tapi tapi mana modul form 4??kenapa ada form 5 jeeee??aku dah cuak.alhamdulillah dengan bantuan HANIS LIYANA yg kusayangi aku dapatlaa jugak modul form 4 even macam lain sikit.okaylahh tu daripada takdek langsung kann?

disebabkan interviewnya adalah pada lusa hari, aku terpaksa cancel plan untuk hangout pada hari rabu T_T.
nak buat camane.kena study woii.nak tengok wayang konon kononnya.terkubur harapan aku untuk tengok battleship.babai battleship.im gonna miss you :(.kita date lain kali je lah.

aku pun mulalah study arab yg dahh berabuk tu dengan yakinnya.but at last...aku kecundang..uwaaaaaaa kenapa tak hingat semua benda ni??aku dah tensen.bengang pun ada.tak boleh jadi ni.kena cari jalan.show me the wayyyyy (maher zain kejapp)
berbekalkan SARA KHALILAH sebagai cikgu arab online tanpa gaji,aku tanya semua benda yg aku tak ingat.thanksss sara.i owe you BIG BIG BIG.nanti kalau kita jumpa aku belanja mcD okayy??:D

pagi 26 april aku dah siap semua benda.resume, sijil sijil bagai.bercampur baur perasaan aku.happy cuak takut seronok.sampai je aku kat sana abah terus park kete.eh eh?NASIRAH! dan dan je nasirah ni park kete sebelah aku.cehh.aku pun masuk dengan dia.lepas daftar terus lepak dengan HANIS, tunggu SURAYA sambil sambil bergossip.nampak laa pulak beberapa orang revivena+.so total semua revivena+
yg pegi interview ada tujuh orang.AKU, HANIS,SUE,NASIRAH,AMEER,BIBUL,IJAD.oh TIKAH pun ada.heeee datang bagi semangat katanya.rajin betul.:D

kitorang start ujian bertulis pukul 9.30 sampai 11.30.before tu dia kasik taklimat sikit pasal exam.cakap memang FULLY ARAB.no english no malay.aku rasa macam dah sampai kat bumi jordan jee.paham tak paham kau buat2 paham je.kau cakap je 'fahimna fahimna'.baru nampak confident :p. soalan ada 2 section.section first kau kena denga apa radio tu cakap lepastu jawab.section kedua jawab sendiri.macam dalam exam.okayy macamni lah citer dia:

SECTION FIRST:
muka surat first dah menyeramkan.start je radio keluarkan bunyik aku denga je sampai habis.
lepastu aku pandang kiri kanan.erk?aku sorang je ke?ke memang semua orang blurrr ni?
err selamat dia rewind balik.lega sikit aku.even dia dah rewind pun kitorang still blurr lagi.
but at least okay la jugak.daripada tak rewind langsung kann?

SECTION SECOND:
buat aa macam biasa.macam dalam exam tu.nahu okayy.sorof pon boleh tahan lagi.sampai kat balaghah aku dah macam..:0.kenapa balaghah dia macam tak pernah belaja?majaz hakiki lah istifham hakiki lah hape lah.seriously out of 10 questions 5 soalan je yg aku yakin.yg lain tu aku serahkan kat Allah.time bukak part karangan aku dapat senyum sikit.soalan dia biasa je.lagi senang daripada spm punya aku rasa.TAPI TAPI modul karangan aku pun hilang jugak.so aku memang tak study karangan langsung langsung -_-".so, berbekalkan ilmu sedia ada di dalam dada aku pun mula menonggang segala saki baki point2 karangan time spm yg masih ada dlm otak.syukur sebab berjaya buat jugak walaupun tak sehebat time spm.

okayy sekarang kita masuk part interview pulak.part yg paling seramm.bilik interview ada 4 tak silap aku.bilik A sampai D.aku dapat bilik A.sama dengan hanis.satu bilik lebih kurang belas belas orang.tak sampai 20 orang pun.interview dia sorang2 tahu.bukan by group.and and and lepas tu satu lagi ujian Allah kasik kat aku.sedang aku leka berangan angan belum sedia apa apa lagi ni.orang lain pun tengah syok jalan2 lagi.panel tu panggil "NURUL AIMAN AWANIS?" oh my Allah....kenapa laa banyak2 orang aku jugak yg firsssttt sekali kena?
oh kenapa?why??why me?? *ngade ngade lagi*
so, aku melangkah masuk dengan selawat and senyum habisss aa.gaya confident habis laa tu.puihhh.
padahal dalam hati Allah je yg tahu.dalam perut dah rasa macam ada ramarama berterbangan.aku masuk bagi salam sampai dia kata 'ijlis' baru aku duduk.
macamni interview dia:

PANEL 1:
okay satu bilik ada 2 panel.panel first fully arab.bilik lain taktau aa.bilik aku camtulah.dekat panel first ni aku kena baca artikel yg takdek baris.lebih kurang macam oral arab kat sekolah tu.pastu dia tanya laa soalan pasal artikel tu.nasib la kalau kau tak paham kau jujur je cakap je 'asifah.ana la afham' 'asifah.ana la adri'.
dia tak marah punya.oh yang tu ikut nasib jugak.panel aku baik hati so kalau aku tak dapat jawab dia senyum je nak menyedapkan hati aku.dia takde main psiko2 ke rendah2 kan aku ke hape ke.basically panel arab ni dia takde tanya soalan yg susah2 pon.dia just tanya soalan yg biasa2 je.soalan yg takyah pikir byk2.maybe dia just nak uji aku punya komunikasi arab okay ke idak.contohnya macam nape nak belajar kat jordan?apa hak anak2 terhadap mak ayah..camtulah lebih kurang

PANEL 2:
okay panel ni pulak BM.dia dok usha2 aku punya sijil.pastu dia tanya sekolah mana.panel BM ni barulah dia   banyak uji critical thinking kita.soalan yg aku dapat kenapa awak rasa awak lebih layak dapat scholar ni berbanding calon2 lain?i can say that soalan ni soalan wajib aa utk semua scholar.so korang dah boleh aa mula buat karangan utk soalan ni yehh.hmmm lepastu dia ada tanya general knowledge.soalan yg aku dapat macam ni:apa yg awak faham tentang pemansuhan PTPTN.dia tanya aku sambil senyum2 lagi tu.haha.
aku jawab je laa apa yg aku tau.last sekali dia tanya ada hafal apa2 surah ke?aku jawab "al-mulk".
dia suruh aa aku baca dalam 5 ayat.aku pun start baca.dia angguk2 je denga aku baca.aku baca confident je sampai aa aku rasa macam pelik sikit.eh betulke aku baca ni?aku dah mula buat muka senget.dia pun tanya "haa betul tak tu?" tersipu-sipu aku jawab "asifah jiddan.saya rasa saya dah tercampur dengan assajadah -_-".seronok dia ketawakan aku.aku senyum je aa.takkan nak nangis pulak kan?aku husnuzon jek dalam hati.at least dia tahu aku hafal sajadah gak.mueheheh.time nak kelua jangan lupa cakap 'syukran' :)

so itulah pengalaman pahit manis payau yang aku dapat sepanjang interview ni.
secara overall nye aku bagi sederhana la.takdelah senang gilaa tapi takdelah sampai susah membunuh.
sekarang ni yg penting doa je bebanyak.serahkan seglanyaa kat Allah.He knows best

so kali ni ada beberapa conclusion:

first sekali, kalau belajar niatkan kerana Allah bukan sebab exam.
kalau tak nanti jadik macam aku.lupa semua benda.padan muka aku -.-"

secondly, seriously kau kena banyak tahu pasal current issue.jangan bila cakap pasal ptptn 
je kau sempitkan minda kau cakap macam ni "mainan politik je semua ni.malas aku nak ambik tahu.
i hate politics bla bla bla" even kau benci nak ambik tahu kau kena jugak ambik tahu.
just open minda korang and cakap "benda ni isu semasa bukan just mainan politik semata mata"
untuk kebaikan korang jugak.lagipun islam dengan politik tak boleh dipisahkan.dalam islam
ada siasah.korang kena ingat tu.

lastly, almulk jangan tinggal.baca selalu.akan bagi kebaikan kat kita masa dalam kubur nanti.
tengok macam aku.nampak beno dah lama tak baca.last baca time pmg.hapelah!
almulk pon boleh terlupa.haishh -_-'



p/s:untuk semua sahabat2 yg revivena+ yg interview hari ni, hope to see you all on 3rd May.
     amiiin.insyaallah :)
    pray the best for us:)


that's all
wassalam





















April 23, 2012

it's called mahabbah

NOW WE SHARE 
THE SAME BRIGHT SUN 
THE SAME ROUND MOON
WHY DON'T WE SHARE THE SAME LOVE
TELL ME WHY NOT
LIFE IS SHORTER THAN MOST HAVE THOUGHT
HOLD MY HAND
THERE ARE MANY WAYS TO DO IT RIGHT
HOLD MY HAND
TURN AROUND AND
SEE WHAT WE LEFT BEHIND
HOLD MY HAND MY FRIENDS
WE CAN SAVE THE GOOD
SPIRIT OF ME AND YOU
FOR ANOTHER CHANCE
AND LETS PRAY FOR  BEAUTIFUL WORLD
BEAUTIFUL WORLD I SHARE WITH YOU


Assalamualaikum.well hello there??
cheitt.dah dah la tu.tak payah nak bajet anwar hadi sangat la ye dak?
err lagu kat atas?
takde apa apa.aku saje kasi semak.barulah traffic whore sikit kan.
haha mana ada.aku memain je.actually entri kali ni pasal lagu kat atas nih.
ye ye aku tahu lagu ni dah lama.kau takpayah aa buat muka menyampah sangat.

okay sekarang nih aku nak ajar something kat kau.teruja tak?
okay firstly kau scroll ke atas
dah scroll belum?*angguk2*
okay good.then baca balik lirik lagu tu.baca jangan tak baca.
baca dengan penuh perasaan.oh ye nyanyi sekali.yeah nyayi nyanyi !
pasang lagu kuat kuat and bolehlahh kau nyanyi sepenuh hati.
okay dah dah cukup.diam.tak sedapnya suara kau.heeee

actually kan aku nak tanya laa kat kau apa kau rasa pasal lagu ni?tak tak aku bukan nak suruh kau rating ke hape ke.aku nak tanya pendapat korang pasal lirik dia.anyone?nak jawab boleh angkat tangan.
takpe2 kau takpayah nak kerut2 dahi sangat nak fikir jawapannya.meh sini aku bagitahu.

okay ikut pemahaman aku kan
firstly aku terasa.yeah terasa.headshot.kau tak terasa ke?pehh pehh pehh.hebat aaa kau.tepuk2 untuk kau.
respect aa aku orang macam kau.bukan senang nak jumpa orang macam kau ni.1 in a million.sepanjang hidup aku tak penah jumpa orang macam kau.ciri ciri yang boleh dibuat calon suami.cheitt takpayah nak hiperbola sangat aa aiman oii.orang tak caya aa.kemain lagi kau.okay2 aku tipu je.

actually its about people nowadays la kan.
yang buat taktahu ape je yg berlaku kat environment korang.
yg jenis manusia tahu buat dono je.
yg jenis malas nak sibuk hal orang *err bukan jaga tepi kain okayy*
yg jenis kubur aku kubur aku kubur kau kubur kau.
yg jenis ada aku kesah?
kan?kan?kalau setuju hit 'like'.err err takde button like.sorry.like dalam hati -.-'

WE DON'T SEE THAT WE KEEP HURTING EACH OTHER NO
ALL WE DO IS JUST FIGHT

yupp kita lebih suka cakap belakang daripada berterus terang.
kita lebih suka caci maki kutuk mengutuk daripada menasihati.
kita prefer mengata instead of membimbing.
pehhliss laa okayy.tak macho tahu cakap2 belakang je.suruh buat depan depan menikus terus kau.

err lagi satu aku ponn tak perasan sangat about this thing sampai lah satu hari ni ada sorang sahabat tanya macam ni

"kenapa ada perasaan benci membenci antara manusia even kita tak
penah pon tengok orang tu but why must kita nak benci dia?"

*err err barack obama, yahudi dan yg seangkatan dengannya memang perlu dibenci
sila jangan persoalkan ye*

yes lepas sahabat tu cakap macam tu aku terus pehh pehh speechless tak-tahu-nak-kata-apa.terkedu.headshot.terasa.rasa macam :o *jawsdropped*
yes kenapa kau nak benci dia?dia bukan buat salah apa pon kat kau.yes aku terasa gilaa wehh sebab seriously aku selalu buat.korang terasa tak?bagus aa kalau terasa.bukti yg korng masih ada hati dan perasaan.

now we share the same bright sun the same round moon why dont we share the same love.......
yupp betul.kita semua dok atas bumi.matahari bulan semua sama.takde istilah 'helehh planet aku lagi best aa.planet kau apa ade?puiiih'.
so why dont we share the same love?
hambuii hambuii kau.kemain lagi.aku cakap why don't we share the same love terus kau jerit "NO WAYY ! I TAKNAK BERMADU OKEHH"
eh eh kau ni.kau ingat aku suka bemadu ke?.cheitt tak matured aa kau ni.cuba la think out of the box.
fikir kahwinn je tahu.ni laa sebabnya aku tak suka cakap dengan budak kecik.eh?ehemmm
 *booo diri sendiri*


"tidak sempurna iman seseorang itu selagi dia tidak mengasihi saudaranya sebagaimana
dia mengasihi dirinya sendiri"
(HR Bukhari dan Muslim)

so apa conclusionnya kali ini?err macam biasa takde conclusion sila fikir sendiri.sms kan conclusion anda dan hantar ke 34567.pemenang conclusion terbaik akan menerima hadiah misteri heheh.
wassalam

April 16, 2012

err dah besar dah korang rupanya

salam semua,,,
entri yang ni sebenarnya entri untuk orang orang besar tahu.ye untuk orang orang besar.18 tahun ke atas.underage sila belahhh.cehh cehh tu diaaa kemain lagi kau aiman oii.baru habis spm kau dah banyak bunyik pulak.tinggi pon baru 160+  150+ dah nak jadik orang besar ye kau.eh diamlah.aku pemikiran matured kot.kau apa tahu?okay2 stop all the crap.dah panjang dah tu mukadimah.bukannya oraang baca ponnn.

actually aku just rasa-macam-pelik.nak tahu sebab apa?*angguk2*.sebabnya kan sekarang ni tiap2 kali aku bukak buku je*err maksud aku muka buku* mesti ada orang tengah bercakap pasal rumahtangga.ya pandai kau.laju je yehh.pasal KAHWIN.

pehh kemain lagi korang.mentang2 dah habis sekolah kahwin je korang tahu.gatal betul.cuba lah bawak bawak belajar dulu.dapat 4.0 flat.dapat degree.kerja dapat duit kasik kat mak ayah  untuk buat haji dulu.baru lah fikir pasal baitulmuslim semua ni.wahwah kemain lagi kau mengata orang ye.ehemmm.

takdelah cuma kadang2 aku rasa otak aku belum layak lagi fikir semua ni.baguslah korang yg dah prepare awal2 tu.baik untuk masa depan nanti.senang sikit ye dak?

ibunda aku kan dulu pernah bagi tau.macam ni ayat dia:

"kita ni kan tak payah nak sesusahkan diri carik jodoh sekarng.belajar dulu.habis belajar kerja.then 
automatik akan ada waktu yg sesuai untuk mencari  kita punya the-other-half tu.
masanya akan sampai untuk orang tanya kat kita 'bila nak kahwin?'haha"

err baik ummi. nampaknya ibu ibu memang tak setuju aa kalau bab bab nak kahwin time belajar ni.melepas aku.cehhh.ehemmm

aku pernah terbaca status hilal asyraf kat fesbuk.kenal hilal asyraf?*angguk2 lagi*
statusnyaa berbunyi lebih kurang begini

"rumah tangga adalah urusan pembinaan ummah yang tidak mungkin digerakkan dengan
perasaan semata-mata.jadi anak muda,jangan kemaruk sangat.bina diri dahulu"

kau dengar tu.terasa tak kak?rasa ditembak kat kepala kan?kan?hee padan muka.tulah gatal lagi.muahaha.takdelah actually kan aku bukannya nak kata kahwin awal ni gatal ke hape ke.tak tak.in fact bagus lagi tu.rather than kita couple kan?maksiat buat apa pon tak dapat.dosa je lebih.tapi kita kena ingat taww kahwin ni bukan yang macam kau main time kecik kecik dulu tu.berat woii tanggungjawabnya.but it's not a problem if korang rasa korang dah cukup matang untuk handle benda2 tu semua.just go on with that.

pulak tu kalau ikut pengalaman aku *cehh gaya kau macam dah besar sangat pulak -.-"* semua yg aku tengok dok fikir pasal keindahan kahwin.yg manis2 je kau fikir.yg pahit2 semua kau tinggal.hambuii macam nak kahwin sehari je gayanya.kemain lagi tu speks untuk calon suami*err tak dapat aku nafikan bila cakap pasal kahwin girls will get more excited.right?para perempuan sila angguk*.demandnya... fuyoo teruja aku dengar

"nantikan aku nak suami yg hensem macam shahz jaszle"
"aah2.aku ponn sama.dia kena lah tough macam aaron aziz"
"haa lagi satu aku nak yg soleh macam ashraf muslim"
"kalau dapat yang lawak macam zizan pon best jugak kan?"
"kalau dapat yg kerja pilot ke.best gilaa woii.dapat pergi overseas selalu"

pehhh pehhh pehhh pehhh pehhh.tu diaaaa.nampak tu.kemain lagi high tastenyer.kau belaja pon malas nak mintak macam2.*terasa*.dasar rakyat subsidi la kau ni.ni hantaran konfirm mahal.muehehe.

aku bukan nak cakap apa tapi kan laki2 yg sempurna macam tu aku rasa tak wujud ponn!uuu...too harsh there.okaylah maybe ada tapi 1 in a million kot?or billion.watak2 yg korang just akan jumpa dalam novel ye dak?*angguk2*.mengaku pon korang.and and and aku pernah terbaca satu quote ni:

"some woman can't find a good man cause they're too busy looking for a perfect man"

bina diri dahulu.jangan sibuk dok cari yang perfect.so conclusion disini apa?erk i've no conclusion.korang dah besar kan?fikir conclusion sendiri.okay dah.kbai assalaamualaikum.