venus and mars

May 25, 2012

Reaching for the stars :D

well assalamualaikum world
sihat?dah ucap alhamdulillah hari ni?




so whatsupp?
yeah aku nih tengah menghitung hari jee nak sambung belajar setelah duduk kat rumah for about 5 months doing nothing.no.takdelah doing nothing.aku pun reti tau buat kerja berfaedah.for now ramai member member yg dah start masuk u meninggalkan aku bertapak tapak ke belakang.ececece

setelah menimbangkan offer2 yg aku dapat end up nya aku pilih untuk sambung bahasa arab.kat mana?
kat jordan alhamdulillah.actually aku teringin gila sambung islamic studies.tapi takdir tak meletakkan aku kat islamic studies so ke arab laa aku akhirnya.so pandangan korang untuk budak budak yg ambik arab ni?
hmmm banyak komen yg aku dapat.komen yg membina tak kurang juge komen yg err err apaper je laa

"waaa ambik arab ke?bagus laa tu.bahasa arab kan bahasa syurga"

"ambik arab kat jordan?hmmm bagus2.kalau kat jordan senang sikit nak 
belajar arab sebab dapat suasana arab"

"laa ambik arab ke.ingatkan ambik medic.rugi laa belajar susah2 dulu"

"err kalau ambik arab nak keje apa eh?"

yupp aku mengaku mungkin tak sehebat orang yg ambik medic tak sehebat orang yg ambik engine tak sehebat orang yg ambik dentistry tak sehebat orang yg ambik architechture tak sehebat orang yg ambik pharmacy and apaper lagi course yg gempak2 tu.tapi aku tahu kemampuan aku kat mana.lagipun bahasa arab kan bahasa syurga.bahasa arab kan bahasa al quran?
even dulu aku sangat3 meletakkan harapan untuk ambik dentistry *orang kata jadik dentist kaya.mwahaha* tak itu cuma faktor sampingan sahaja.aku sangat lah nak jadik dentist.tapi result biology spm aku telah mengurangkan keyakinan aku untuk ambik dentistry.yes memang aku layak nak ambik dentistry tapi aku sendiri tak punya keyakinan untuk survive dalam dunia dentistry yg penuh mencabar tu.

be strong sis !


bila dapat offer uia seriously aku dilema.sebab apa?sebab aku nak gila masuk uia.since aku masuk integomb, hati dah start suka kat uia.mana tak nya segala program sekolah buat kat uia.kem arab buat kat uia kem naqibah buat kat uia kadang2 training hoki pun pegi uia sampaikan road run pun nak buat kat uia 
-_-".heee takpaham aku.last last hati aku jatuh cinta kat uia.seorang senior pernah cakap macam ni 'uia telah berjaya tarbiah aku'.ada jugak tu yg cakap 'masuk lah uia.insyaallah seimbang dunia akhirat'.heeee.tapi nak buat camana.takdir tak meletakkan aku di uia.sebab seriously aku nak gila pergi jordan.cumanya plan asal nak pergi jordan buat dentist.
ALLAH MERANCANG, KITA MANUSIA PUN MERANCANG TAPI KETAHUILAH PERANCANGAN ALLAH ADALAH SEBAIK BAIK PERANCANGAN.

honestly bila korang tanya perasaan aku dapat jordan aku gembira gila.sebab apa?sebab dapat pergi jordan laa.yes sebab aku memang nak sangat pergi jordan.terleka sebentar aku sampailah seorang kakak mengingatkan.yes kakak aku ingatkan.betulkan niat.ingat pergi jordan sebab apa?sebab nak belajar kerana Allah bukan sebab nak pergi jordan.ummi pun cakap.perbaharui niat.kalau rasa niat tu macam dah tak betul, betulkan balik.sebab someone pernah cakap macam ni

'kalau kita pergi sana atas niat kita nak pergi sana kita akan rasa seronok kejap je tapi
kalau pergi sana atas sebab nak menuntut ilmu insyaallah kita akan 
seronok sepanjang tempoh kita belajar kat sana'

err paham tak?ke aku cakap bebelit sangat?

aku mengharapkan yg terbaik untuk keputusan yg aku ambik ni.moga Allah permudahkan semua urusan.
insyaallah kalau takde aral melintang kalau umur panjang lepas raya aku terbang.*eh macam pantun pulak*

so bercakap soal kerja plan aku macam ni.habiskan degree 4 tahun kat jordan then balik malaysia buat masters lepastu kahwin kerja.pensyarah insyaallah.nak jadi pensyarah kat uia lah.tak dapat study kat uia kerja kat uia pun best jugeee.heeeee





oh by the way orang kata engineer ramai hensem2.mwahaha




thats all
wassalam :)






















May 21, 2012

Love makes me strong (':

ececece kau punya title takboleh nak gedik lagi ke?

oh lupa nak bagi salam.
assalamualaikum semua...

yes aku tahu tajuk memang agak gedik sedikit but seriously bukan tujuan untuk traffic whore.
tapi memang nak review sikit pasal loveydovey nih.suka lah tuu


penangan tengok buzzer beat haritu.aku terus dapat ilham nak tulis apa kat blog.gila ketinggalan zaman aku baru tengok buzzer beat.cerita zaman tok kaduk tu.nampak tak lopeknya aku.erkk actually takde aa ketinggalan zaman sangat.2009 punya cerita.tak silap aku aa.and and the story was just too awesomeeee.seriously korang patut tengok.hero dia agak sedap mata memandang.tak memang handsome pun.and heroin dia cantikk gilaaaa weh T_______T.somehow aku rasa cerita jepun is more amazing than cerita korea.bahasa korea agak buruk didengar.ouch sorry kpop lovers -_-" no.thats not the point actually.cumanya kalau compare storyboard korea dengan jepun, cerita jepun is way much much much better than cerita korea.pandangan aku laa.kpop lovers sila jangan baling telur kat aku.

Kamiya Naoki :DDD


okay fine.just stop all the crap.let's move to our main point

"LOVE MAKES ME STRONG"

hell yeah.what a beautiful quote yang aku jumpa dalam buzzer beat.actually aku teringin post quote ni as status aku kat fesbuk.saje nak tengok apa feedback yang aku akan dapat.tapi aku batalkan sebab err sebab taknak mewujudkan kontroversi murahan.maybe.bhahaha.
err bagi yg dah tengok buzzer beat mungkin akan kata macam ni

'waa ni dalam buzzer beat kan?kan?'

cess.saje nak kantoikan aku.baru nak poyo sikit kononnya quote ni aku yg punya.
tapi berdasarkan research yg aku jalankan ke atas pengguna2 fesbuk kemungkinan besar akan ada komen2 macam ni

'wah wah wah.dah pandai ea kau sekarang.kemain lagi'
'bau nasik minyak aa.kahwin nanti jangan tak jemput aku pulak'
'sape doh orang tu?kau tak story kat aku pun.im aku jap'

oh my... i can't tell you how narrow your mind is.bila ada someone post status2 macam ni komen2 sebegini selalunya akan muncul.aku tak nafikan kadang kadang aku sekali terjoin dalam kalangan orang orang macam
tu.thats why aku buat post ni.kenapa mind set kita mesti fikir macam tu.bila cakap pasal love jee mesti nak kaitkan dengan  kekasih,gf,bf or whatever it is.
aku sendiri pun pelik kenapa macam tu.but salah satu sebabnya aku rasa remaja zaman sekarang*aku pun sama* dah dicurahkan dengan terrrrrrlalu banyak kisah cinta or maksiat or bla bla bla.kat tv paling obvious sekali.aku nak tanya kat korang cerita melayu apa or movie melayu apa yang takdek langsung langsung pasal cinta?aku bagi kau sepuluh ringgit kalau kau dapat senaraikan lima.tak banyak lima je.aku taknak bising pasal cerita matsalleh or cerita jepun or cerita korea yang buat cerita cerita macam ni.dah tu memang budaya dorang kot.takpayah nak kecoh sangat aa kan.

aku pernah dengar one of video aiman azlan yg cakap lebih kurang macam ni.kita ni sibuk dengan kempen jangan buang bayi lah hape lah tapi punca kepada benda tu kita tak sekat.cerita2 macam ni(cerita ME-LAYU terutamanya)terus keluar macam air mengair kat tv.dah la tak menarik.director kata kononnya supaya penonton dapat pengajaran.what the...?puihhh.lame excuse.yg tengok cerita tu bukannya semua golongan bijak pandai yg memang totally dapat 100% pengajaran yg dia nak sampaikan tapi ada sebilangan kecil.no.aku rasa sebilangan besar yg akan tersalah tafsir apa yg dia nak sampaikan.golongan bijak pandai pun ada yg terpesong tahu.
i know this picture ganggu thing kat sebelah kanan ni sikit.but i wont resize it.just love the huge one.it looks gorgeous :D





aku sebenarnya just nak ajak korang korang korang and korang and aku sekali untuk open our mind wider.think extraordinary.don't look it at only one side but look overally

"LOVE MAKES ME STRONG"

one picture quote tells thousands meaning.yess.so true !

CINTA ALLAH JADIKAN AKU KUAT
CINTA RASULULLAH JADIKAN AKU KUAT
CINTA IBUBAPA JADIKAN AKU KUAT
CINTA SUAMI.....err belum lagi
CINTA SAHABAT SAHABAT JADIKAN AKU KUAT
CINTA SAUDARA SAUDARA SEISLAM JADIKAN AKU KUAT

just smile (; the world will smile at you


"tidak sempurna iman seseorang itu sehingga dia mengasihi saudaranya 
sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri"
H.R bukhari

oh by the way haritu aku tengok rancangan khuatir syab kat tv alhijrah.and dalam rancangan tu wartawan tersebut ditugaskan untuk tanya kat orang awam.soalan dia berbunyi begini'sebutkan nama anak2 nabi Muhammad S.A.W'guess what.ramai yg taktahu nama anak2 nabi.ada jugak yg tahu.ade jugak yg tahu sikit2 je.and yg paling malang ada yg taktahu langsung.ada tu yg terlebih 'pandai' dia cakap anak2 nabi is hasan husin.ada pulak tu yg lagi lagi malang cakap aisyah dengan khadijah.aku taktahu aa kenapa rasa macam nak tumbuk je muka orang tu.shame on you.for your information rancangan ni sebenarnya berlaku kat negara arab.arab saudi tak silap aku.bumi anbiya'.i wonder why all this thing happened -_-'

No motive.sebenarnya time buat post ni aku lapa gilaa -..-"



oh ya by the way aku dah nak start belajar.4 jun ni dah start prep.dalam sebulan lebih.so sepanjang tempoh tu blog akan freeze.maybe akan ada one more post kot before aku start prep.then no more update sebab aku mana ada balik balik rumah.kena duk kat situ sebulan lebih and aku tak kaya macam korang.so belum ada laptop lagi.lepas tempoh tu insyaallah aku bebas macam burung terbang.banyaklah update nanti sampailah raya.woohooo.then...
jordan here i come.so goodbye malaysia bumi indah (':


that's all
wassalam

May 19, 2012

welcome world (:

Assalamualaikum
(jawab jangan tak jawab)

well, hai....lama gila kan tak update blog.out of idea.really.taktahu lah kenapa otak aku macam tak boleh nak hadam nak tulis pasal apa kat blog.hmmm maybe sebab zaman menganggur cuti cuti nih kan.yelah otak tak bekerja.nak update belogg pun payah.

seriously aku rasa blogging antara benda paling susah yang pernah aku buat.lagi susah daripada buat addmaths.
okay yang tu tipuu.tapi betul susah wehh.sebab apa?
first kau nak kena fikir nak cakap pasal apa.kena fikir menarik ke tak.kena fikir orang marah ke idak kalau baca.ye tak?mana tahu tetiba dia ngamuk lepastu dia saman kau.
ikut yg aku survey2 kan blog memang kadang2 akan jadik tempat korang nak cerita semua kisah
korang nak luah semua benda.just like a diary.bezanya diary  yg ni orang baca -_-"

but bagi aku lah kan aku takmoh jadikkan blog aku macam tu.ada orang kata
'cess blog aku kot.sukahati aku lah nak tulis hape.kau sibuk apesal??puihh'
hamboi overnya kau.tak payah aa marah sangat
yes memanglaa blog kau kau yg punya tapi kau kena ingat dunia ni bukan kau yg punya.blog ni public kot.sape2 pun boleh baca.kau salah langkah silap silap boleh bawak mati tahu.serious.aku tak tipu.
tapi kalau kau guna dengan betul kau sendiri akan dapat faedahnya.no wonder lah ramai kawan aku yg takmoh buat blog.kurang keberanian barangkali.tak macam aku :p
ni pandangan aku je lahh.kau jangan aa takpuashati sangat sampai rasa macam nak baling telur dekat aku.

tu dia introduction aku.kemain panjang lagi.hasil brainstorming selama beberapa minggu.
sebab main point dia aku nak cakap pasal benda lain sebenarnya.

pasal kehidupan yg bakal aku tempuh.bakal kita kita ni tempuh.kehidupan budak budak lepasan spm selepas mengannggur di rumah beberapa bulan.
hot topic kat facebook.

WELCOME TO NEW WORLD...IPT...
cess baru welcome aa.belum grad

IPT mana yg akan korang masuk.rasa macam baru je aku masuk tingkatan satu.tetiba je dah nak masuk U.terasa tua disitu o: tetiba je dah nak kena cari kawan baru.tetiba je dah nak kena belajar benda baru.oh aku rasa pelik cakap pasal topik orang dewasa.terasa muda pulak.

seriously bila ada orang tanya tanya soalan macam ni kat aku

"wehh pebenda part yg kau paling cuak sekali bila  nak masuk u ni?"

aku akan cakap macam ni

"KAWAN"

aku tak rasa pun nak belajar subjek2 yg baru tu semua satu benda yg cuak tahap giga.sebab apa? 
bagi aku sesusah mana pun kau belajar tapi bila ada kawan yg boleh tolong kau insyaallah mudah sikit jalan kau nanti.nak cari kawan memang senang tapi nak dapat kawan susah senang,kawan dunia akhirat tak semudah yg kau sangka.susah woi.pengalaman 5 tahun hidup kat asrama is salah satu nikmat yg Allah bagi kat aku.kau akan kenal mana satu kawan mana satu lawan.

ikhlas aku cakap walaupun 5tahun wehh.satu tempoh yg cukup lama aku rasa.tapi nak mempunyai kawan yg betul betul kawan tu tersangatlah susah.kau akan jumpa orang yg talam dua muka.kau maybe akan alami backstabbing.kau akan alami macam macam benda.paham tak ni? (angguk2)
sedih kan?sobsobsob T________T (lap hingus)

so to my future friends
aku tak harap pun kau sempurna sebab aku pun tak sempurna
aku tak harap pun kau tahu semua benda sebab aku pun bukannya tahu semua benda
aku tak harap pun kau suka semua yg aku suka sebab masing masing ada pendapat yg berbeza
(oh lagipun aku takut nanti kita tersuka kat orang yg sama.kikiki.jkjk)
aku tak harap pun kau kaya sebab aku pun tak boleh nak kasik kau semua yg kau nak
(tapi kalau kau kaya belanja lahh aku mcd seround dua.bes jugak tu.bhahaha)
aku cuma harap kita bersahabat ikhlas kerana Allah sebab
barulah akan rasa manisnya ukhuwah
kalau kita tak berjaya di dunia di akhirat insyaallah
(sobsobs.tetiba aku sedih.sila abaikan)

tak kisahlah kaki sapa pun.aku pinjam kaki korang tauu

oh sape perasan kat fesbuk yg ada dp kaler cokelat tu? (angkat tangan)
yes yg utk palestinian tu.macam macam design aku jumpa.yg design angry bird tutup mata pun ada
lawak doh *takde kaitan.anggap je benda ni tak wujud.aku saje nak panjangkan entry.mwahaha*

so untuk sahabat sahabat aku
i wish the best best best best of luck for your future life
esok esok nanti dah kaya jangan aa lupa kat aku
sumbang2 la sikit 1000 ke 2000 ke untuk wedding aku nanti
jangan lost contact dengan aku
nanti aku buat skype yehh boleh aa kita skype*aku ni skype pun takde.nampak tak lopeknya*




that's all
wassalam




           

May 01, 2012

taktahu nak letak tajuk apa

Assalamualaikum
(tak jawab dosa :p)

yeah baru nak update blog.bukan tak nak update tapi taktahu nak tulis pasal apa sebab aku agak tak suka nak cerita kisah atau rutin hidup aku kat blog.tak berilmiah jadiknye post aku nanti.lagipun, kalau tulis pasal rutin hidup, aku akan update blog hari hari sampai korang bosan.then korang dah takmoh baca dah blog aku.sedihh kan?so setelah agak lama mem'brainstorming' barulah dapat idea nak tulis pasal apa
lepas aku denga satu lagu ni

SAAT LAFAZ SAKINAH by ABANG FAR EAST

korang penah denga lagu nih?what??tak penah?ishish rugi rugii
tulah korang melagha banyak.cehh.sorry2.gurau jehh.padahal aku pun baru je tau lagu ni setelah
direkemen oleh hanis liyana and sara khalilah.hanis dengan sara patut berterima kasih dengan aku.dah dua kali aku mention nama korang.bukan senang tau blogger popular macam aku nak mention nama orang.
*oh sila jangan muntah*

seriously first time aku denga lagu nih aku denga camtu camtu je.so agak tak dapat lah point yg dia nak sampaikan in this song.but then, bila aku denga2 balik terus rasa macam.....T____T
mak aihhh sedih gilaaa wehh lagu niii.
seriously aku rasa sangat3 sebak.tak pernah aku rasa sesebak ni bila denga lagu.ni lah first time.
ehemmmm agak over disitu.ngade ngade pulak nak emo lebih macam perempuan budak budak.but seriously sedih.korang patut denga.insyaallah tak melaghakan

yes aku tahu korang ni jenis pemalas semua.nak search lagu kat youtube pun malas kann.hape lah nak jadi.
tulah pasal aku letak terus kat sini.sekali dengan lirik dia.so boleh lah kau karaoke terus.
ajak sekali mak pak tokwan mak ucu bibik semua nyanyi sekali.oh by the way lagu ni high pitch tauu.so kalau rasa rasa suara tu ada macam ala ala serombong asap, jangan semangat sangat nyanyi.takut pecah pulak tungkap umah kau.bhahaha

heningnya
sunyi suasana
lafaz sakinah bermula
apa rasa
diterjemah hanya
sebak abah tangis ibunda
adalah aku wali puteriku
serah kini amanahku ini padamu
nafkahilah dia curah kasih dn cinta
lebih dari yg kuberikan padanya
dulu esakannya sandar di bahuku
tangisannya kini kuserah padamu
bukan bermakna dia bukan milikku
fitrahnya perlukanmu
jadikanlah dia wanita syurga
mengerti benar akan maharnya
taat itu bukan hanya pada nama
indah ia pada maksudnya
ku akur
akan pesanmu
puterimu kini amanahku
iringilah dengan doamu
bahagia kami dari redhamu



haaa tu diaaa mendayu dayu sehh lagu dia
amacam?best tak?best tak?
best kann
apa kau rasa?mesti rasa macam tak jadik nak kahwin.padan muka kau.bhahaha.
actually bila aku denga lagu ni aku terus ingat kat my abah
oh ABAH my superheroooo
thanks sangat3 abah sebab berjaya besarkan anak abah yg nakal ni sampai lah jadik anak yg sihat
dan solehah insyallah
you are super duper cool ABAH.proud of you
the greatest love could i get from a man.
rugilah korang korang yg kena 'bahagikan' your love untuk ayah and another man
you know what i mean kann *yg dah kahwin tak termasuk dalam kes ni*
#ouch sorry agak kasar disitu.reminder untuk diri sendri jugak

oh by the way respect FAR EAST.good job sebab dapat nyanyi dengan baik.
sangat sedapp okayhh.glad to know this song. *cehh kau bajet macam far east baca belogg kau.puihh*

so conclusion dia is...
korang baca je balik lirik lagu tu.confirm korang dapat conclusion kann.good luck !

p/s:sorry abah anis lupa bila fathers' day.
     oh abah aku tak baca pun blogg aku.hehehe

sorry entri yg agak bosan.ada ke patut just review lagu jehh.bosan betul aku nih.
nampak beno takde idea nyer


that's all
wassalam