venus and mars

July 08, 2013

Hai Encik Mekdi !

Bismillah

So harini insyaallah kita akan dapat baca something yg bermanfaat drpd belog cik aiman. meh baca meh


Ni nak story sikit pasal mcd ni. kau tawu kan mcd tu hape? haa yelah yg kita selalu makan tu. eh tak aku tak makan pun mcd. kenape? sebab aku boikot mcd.

isu boikot tak boikot mcd ni dah lama sebenarnya. lama as in sangat lama brtahun-tahun dah. selagi isu palestine tak habis selagi tulah isu boikot mcd tak habis. and ada someone tanya 

"kenapa nak kena boikot mcd. mcd ni haram dimakan ke?"

jawapannya tak haram pun. in fact orang-orang yg boikot mcd ni bukan sebab mcd haram dimakan ke ape. tak. tapi boikot atas sebab prihatin atas sebab sayang atas dekat saudara satu aqidah dekat tanah palestin tu. boikot nih bukannya kita paksa pun wajib boikot. tak. boikot ni terjadi bila kesedaran tu ada. kalau kesedaran tu takde memang sekarang ni aku tengah sedap menelan spicy chicken mcdeluxe.




pernah ada sekali dulu gaza under attack. under attack yg gila-gila punya. time aku form 2. 2008. time tu lah aku start boikot. tapi tak lama mana pun. kejap je lepastu aku makan balik. makan balik macam takde pape benda yg jadi sebab kesedaran tu sampai lambat. so boikot yg betul-betul punya boikot lepas dah habis form 5. adalah dalam setahun lebih aku dah tak sentuh mcd. kalau aku tengok orang ambik gambar dia makan mcd, 4sq kat mcd pun aku macam feel offended. taktau kenapa. kalau aku masuk mcd pengsan terus agaknya. kadang kadang ada jugak certain orang yg akan persoalkan

"kau boikot mcd ni gila-gila tapi ada jugak israel product yg kau tak boikot kan?
baik tak payah kalau cemtu"

yep memang ada certain product yg aku tak boikot. contohnya johnson and johnson. sebab apa? johnson and johnson product utk body. bukan senang-senang kau boleh tukar. kau kena cari yg btul-betul match dgn your body. tapi tu tak bermaksud aku akan terus guna johnson and johnson cuma kena slow-slow nak compare dgn mcd. kenapa? sebab mcd  makanan. makanan yg aku takkan mati kalau aku tak makan seumur hidup pun. lagi bertambah sihat adalah. starbucks pun sama. eventhough im a strong coffee drinker, starbucks tak jadi masalah untuk aku boikot sebab kawasan rumah aku takde starbucks so dugaan dia berkurang.

"aku nampak je macam ni. makan mcd hari-hari tapi tiap-tiap minggu
aku derma kat tabung palestine kot"

Ni aku nak kabor sikit. makan mcd tapi derma kat tabung palestine lebih kurang macam ni konsep dia. Rumah kau terbakar pastu kau panggil bomba tapi bila bomba tu sampai kau halau bomba tu suruh dia balik. useless. kau derma utk tabung palestine so that dorang boleh buat masjid, schools, houses etc for the palestinians but at the same time kau 'derma' kat mcd so that israel can use the money utk beli peluru, bom guns etc.

"aku makan mcd bukannya hari-hari pon. setakat 10hengget beli peluru 
pun tak lepas laa wehh"

Aku ni dah lama tak buat benda kira-kira ni but let me teach you this simple math. okay let say tiap kali kau masuk mcd kau spend about RM10. then dalam sebulan adalah dalam 5 kali kau masuk mcd. so sebulan dah RM50 kau sumbang kat mcd. then kau darab dgn setahun (RM50 X 12 = RM 600). boleh kata kat sini kau sumbang RM600 per year kat mcd. and kalau ada 100 000 lagi orang macam kau kat malaysia (RM600 X 100 000 = 60 000 000) so overall malaysia menyumbang lebih kurang 60M kat mcd for every year. Dengan duit 60M tu agak-agak boleh beli berapa banyak peluru, bombs, guns and all? dah aku malas nak ajar kau maths lagi. kau kira sendiri. tu baru mcd belum lagi starbucks semua. tu baru malaysia belum lagi negara lain.




Last month aku ada pergi GMJ. Global March to Jerusalem. Event about palestine. nak tahu lebih lanjut kau boleh google sendiri. and tengah aku berjalan-jalan kat situ tetibe aku nampak sepasang chinese couple kat situ. i was like pehhh cina kot ! dia datang event macam ni dengar talk bagi derma and all. even chinese yg bukan islam tu pun care dgn palestine kita yg islam ni sesedap oren makan mcd macam takde pape yg berlaku. it was a shame you know. betullah orang cakap pasal isu palestine ni you dont have to be muslim all you need is to be human. humanity tu. kalau tak, takkan laa orang bukan islam pun care pasal palestin kan?

After all isu palestine, syria, egypt, burma, libya, pakistan, bangladesh semua tu bukan masalah negara aje tapi masalah ummat islam. so ambik tau. tak susah pun. ambik tahu and pray. itu aje. maybe kita tak rasa penting sebab bukan kita yg kena benda-benda tu semua tapi one day if something like that happen to malaysia then orang buat-buat taktahu je then we'll know how does it feels.

Oh another one thing. aku paling pantang orang yg suka perlekehkan usaha orang lain. kau nak boikot sukati kau taknak boikot pun duduk diam-diam tak payah sebar dakyah kau tu lepastu perli-perli usaha kecil orang yg boikot ni. haish ada lagi rupanya orang macam ni. hoi tak mati pun la kalau tak makan mekdi.

*emo*




Thats all wassalam. byeee






1 comment: