venus and mars

July 30, 2012

kambing dan ayam

bismillah
assalamualaikum
tak jawab dosa :p

yeah hai dunia.tajuk entri kli ni ialah kambing dan ayam masak merah.err entri kali ini sama sekali tiada kaitan dengan juadah sahur mahupun juadah berbuka puasa hari ini.

selesai solat tarawikh malam 11 ramadhan kat masjid macam biasa ada tazkirah sedas dua bagi mengingatkan manusia yg sering lupa.tazkirah oleh al fadhil ustaz hishamuddin tun hussein.beliau bercerita tentang kezaliman sebenarnya.menarik.tapi sayang sejuta kali sayang sebab tak catat tazkirah dia.yelah awak pergi tarawikh mana le bawak notebook ye dak?semua merasakan diri tu keturunan imam syafi'ie.ehemmm

tapi tetarik saya dengan satu kisah yg diceritakan oleh ustaz tu.kisah ayam dan kambing.katanya cikgu sekolah beliau yg ceritakan kisah tu.errr kenapa cikgu saya takdek pun cerita pasal kambing ayam tikus semua?*abaikan*


gambar tiada kaitan dengan yg hidup mahupun yg telah kembali ke rahmatullah


al kisahnya begini.......suatu masa dahulu *background bunyi ombak dan burung2 berkicau* ada seekor ayam dan seekor kambing yg hidup berjiran.suatu hari si ayam bersolek.pakai cantik2,hensem2.pakai bedak eyeshadow maskara lipstick dan yg seangkatan dengannyalah.segala bahan kecantikan yg ada di atas muka bumi nih dia tonyoh.dah siap tu dia pun keluar laa dari reban dan kemudian lalu dihadapan kambing yg tengah syok menikmati keindahan petang sambil menghirup udara segar kurniaan Allah *background bunyi burung2 berkicau*.lepas tu terlihatlah oleh kambing ayam yg nampak cantik dan hensem tu.si kambing pun menegur

kambing: amboi cik yammmm cantiknyaaaa kau harini.wangi pulak tu..*nada makcik2 ngumpat dengan jiran sebelah*  
ayam: yeke cik bing??i nampak cantik ke hari ni youu??terima kaseh.terharuuu i @_@ *rolling eyes*
kambing: kau pakai cantik2 ni nak kemana? 
ayam: takdek kemana lah cik bing oi.saje je pakai lelawo depan kau sebab aku tau kau mesti puji aku.

cik bing pun rasa tension bengang dengan cik yam lalu berfikir dalam hati "cemane aku nak kenakan ayam betina tak sedar diri ni".cik bing pun dapat satu idea lalu berkata

kambing: yam yam, kau nak tau tak?kau kalau pakai segak cemane pun kau solek cantik cemane pun wangi cemane pun kaki kau tetap kaki ayam *nada datin2 bengang sebab tak dapat beli emas baru sempena aidilfitri yg bakal tiba*

bila dengar je cik bing cakap cenggitu cik yam lagilah bengang.dalam hatinya berkata "dasar kambing jelesss.dah la busuk tak mandi bla bla bla...."cik yam pun berkata

ayam: bing kau nak tau tak kau lagi teruk sebenarnya.nama je berjanggut tapi bertelanjang
          
tamatlah resepi alkisah ayam dan kambing masak kurma ni
eheh macam tergantung pulak kan?
p/s:kisah ini terpaksa ditokok tambah serta di-edit sedikit demi menjaga kemaslahatan ummah.ohoii


keep smile :) it's sunnah

ibrahya disini *ibrah ni daripada ustaz tau bukan daripada saya.segala kesilapan harap dimaafkan*
ibrahnya disini orang yg tak menutup aurat ni samalah seperti si kambing.orang yang makan rasuah juga sama seperti si kambing.orang yg mengumpat juga mengikut jejak langkah si kambing.kenapa?

sebabnya mereka ni semuanya berpuasa tapi tak menutup aurat.mereka berpuasa tapi masih makan duit haram rasuah.mereka berpuasa tapi pada masa yg sama memakan daging saudaranya sendiri.apa yg diibaratkan dengan kambing tu ialah ayat "berjanggut tapi bertelanjang".maksudnya perintah Allah ada yg kita
ikut ada yg kita tak ikut.bak kata al fadhil ust azhar idrus

"mung ni kejap pakai tudung kejap tak pakai tudung mung ingat masuk neraka
ni kejap kejap ke?"

lebih kurang macam tu la.Allah S.W.T berfirman dalam Al-quran:

"wahai orang2 yg beriman, masuklah kalian kepada islam secara kaffah(menyeluruh), 
dan janganlah kalian mengikuti jejak2 syaitan kerana sesungguhnya
syaitan adalah musuh besar bagi kamu"
Al-Baqarah 2:208

"sesiapa yg berpuasa tapi dia tidak menutup aurat puasanya sah tetapi dia mengurangi pahala puasanya"
sumber:ust dr zaharudin abd rahman

nak menyimpang tajuk lain kejap.firman Allah s.w.t

"wahai orang yg beriman, janganlah kamu menjadikan bapa2 mu dan saudara2 kamu sebagai
orang2 yg didampingi (pemimpin) jika mereka memilih kufur dengan meninggalkan iman, 
dansesiapa diantara kamu menjadikan mereka orang yg didampingi,
makamerekalah orang orang yang zalim"
attaubah 10:23

comel :D


jadi untuk PRU13 akan datang pilihlah pemimpin yg betul.*eh tetibe* supaya kita tidak tergolong
dalam kalangan orang2 yg zalim.naudzubillah

wallahua'lam
that's all
wassalam















1 comment: