venus and mars

July 24, 2012

itu yang terbaik :')

bismillahirrahmanirrahim
asssalamualaikum......

terasa lamanya tak update blog.nak taip pun dah terketar ketar tangan ni.acece...
terdetik jugak macam nak stop blogging tapi atas permintaan ramai peminat (sila muntah) blog ni terus hidup.ehemmmm.mereka nangis2 merayu "janganlah stop wehh aku teringin baca cerita2 kau kat jordan nanti".lalu apakan daya.insan yg tak seberapa ni terpaksa meneruskan kerja2 menaipnya.lagipun bukan perjuangan namanya kalau baru melangkah sedikit sudah rasa nak berpatah balik.belum pun hadapi rintangan tapi sudah mengalah.itu tersangatlah tak awesome.
teringinlah bercerita pasal daurah yg lalu.DAURAH AWESOME namanya.kau hade??eh takde niat untuk timbulkan kejelesan disitu tapi sana sini mereka bercerita pasal u masing2.tau lah awak tu intec -_-".eh


fi kulli syaik...LILLAH !

ari pertama menjejakkan kaki ke KUIS yg serba indah (seriously indah.ada tasik weh.kmb ada ke tasik2 tu semua??eh lagi) lepas selesai semua urusan ada taklimat kat surau.datang dengan penuh azam tanpa diduga taklimat dalam BAHASA ARAB.fully.lalu ternganga nganga lah kami semua.maa fahimtu syaik -__-
tapi jihad perlu diteruskan.ni baru ujian sikit takkan dah give up.kata nak jadi hamba Allah yg awesome.mestilah kena sabar.ye dak??then dapat tahu ada exam nak divide kelas.Allah...rasa macam berdebuk debuk jatuh tangga.jawab exam dengan tekun dan seriousnya.nampak macam hebat sangat padahal dalam hati masing2 merungut "woii soalan apa ni??kenapa senang sangat??".habis exam terus diserang sakit kepala.otak terkejut agaknya.


balik bilik untuk uruskan barang2 toileteries bagai.sekali pintu bilik ada problem tak boleh bukak.terpaksalah tunggu sampai esok untuk bukak pintu.lalu malam tu bertebaranlah kami berempat di dorm sebelah.Alhamdulillah dikurniakan jiran dorm yg sangat awesome dan memahami.tapi malam esoknya kunci pulak tertinggal dalam bilik.adesssss.takdek jalan lain.tombol pintu bermasalah yg baru jee diganti semalamnya terpaksa dijahamkan.kalau tak macam mana nak masuk woi.lalu naiklah nama kami berempat dekat majlis fello asrama.muka2 penjaham pintu.muahaha.baru dua hari macam2 ujian Allah turunkan.datanglah syaitan laknatullah membisikkan ke hati insan yg lalai ni.


"ishhh mampu ke kau?baru dua hari.kalau sebulan....?

cisss.dasar syaitan.pergi main jauh2 lah.fasabrun jameel.


"ataukah kamu mengira kamu akan masuk ke syurga padahal kamu belum
diuji seperti yg dialami oleh umat umat terdahulu sebelum kamu.mereka
ditimpa kemelaratan, penderitaan dan digoncang(dengan pelbagai dugaan) 
sehingga rasul dan orang2 yg yg beriman bersamanya berkata:
bilakah datang pertolongan Allah?sesungguhnya
pertolongan Allah itu dekat"
Al-Baqarah 214

takdir Allah meletakkan insan ini di satu kelas yg super awesome.AL AKHFASYH namanya.melompat kegirangan insan ini(err takdelah sampai macam tu sekali) sebab dapat satu kelas dengan hanis and suraya.belajar belajar belajar and belajar sampailah terdetik kat dalam hati.ishhh selama ni aku kat sekolah belajar apa?kenapa lampi semacam?haaaaa itulah yg dinamakan belajar sebab nak dapat A+. rubbish je A+ dekat slip spm.okay boleh lah ye bakar slip spm tu sekarang.sila sila.ustaz pun menggaru kepala.katanya kamu kamu kamu semua ni belajar sebab spm.sebab tu lah belajar arab tanpa baris.konon hebat padahal...
ada satu soalan tak terjawab dari ustaz.sapa boleh jawab dapat duit raya

"kamu belajar bahasa inggeris kat sekolah dalam bahasa inggeris kan?kenapa belajar
bahasa arab dalam bahasa melayu pulak?"

krik..krik..krik.satu kelas diam.denga suara kipas je.so anyone?


Akhfasyh Al Awwal Hu ha !


nak cerita sikit pasal bi'ah kat daurah.terasa lainnya kalau nak compare dengan bi'ah kat sekolah.sangatlah berbeza.ibarat langit dengan bumi.serba serbi terjaga.seriously mula2 terdetik dalam hati 

"ishh tak sporting langsung budak lelaki kelas ni.semua pendiam"

kerana selama ini insan ini terdedah dengan suasana begitu di sekolah.lelaki dan perempuan bercampur.duduk sebelah sebelah tanpa rasa apa apa.bergurau senda tu perkara2 biasa.tapi tak lama selepas tu barulah insan ini faham.diorang bukan tak sporting diorang bukan pendiam diorang bukan pasif tapi itulah yg dinamakan 'menjaga'.mereka bercakap ketika perlu sahaja.setakat nak tanya dah makan belum, hari ni mandi ke idak tak perlu kot semua tu.tapi apabila diminta memberikan tazkirah, peringatan dan sebagainya tak jadi masalah untuk diorang.dengan jujurnya aku cakap sepanjang 5 tahun duduk sekolah tak pernah lagi ah jumpa ikhwah yg macam ni.dusss harapan je la nak jumpa orang2 macam ni kat integomb

"sesiapa yg beriman kepada Allah dan hari akhirat hendaklah dia bercakap 
perkara yg baik ataupun diam........"
HR Bukhari dan Muslim

tak jadi masalah pun kalau bercakap benda yg perlu sahaja antara lelaki dan perempuan itu.bukannya boleh bawak mati pun.buktinya ikhtilat antara kitorang sesama classmate ni sangat terjaga tapi benda tu tak jadi penghalang pun untuk jadikan majmu'ah kitorang super awesome.kitorang ada je explorace,sketsa semua tu.ohoi ingat korang jee ada orientasi??kitorang pun ada tahuu.so tak perlu pun benda2 tu semua.tak menarik pun bila ikhtilat tak dijaga.takde yg awesome pun kalau dapat bercampur antara laki dengan perempuan tanpa batasan

"ia (iblis) berkata: Tuhanku oleh kerana engkau telah memutuskan bahawa
aku sesat, aku pasti akan jadikan (kejahatan) terasa indah
bagi mereka di bumi dan aku akan menyesatkan
mereka semuanya"
Al-Hijr 39

pernah tak korang rasa perasaan bila berada kat sekeliling orang yg lebih hebat dari korang?mesti pernah kan?rasa segan je.kalau boleh setiap masa nak duduk bawah selimut.ohoi nampak tak overnya -___-".
kalau kat sekolah dulu kau boleh tersenyum bangga lah kononnya sebab jadi golongan minoriti yg dengar nasyid tapi kat sini kalau orang yg dengan lagu selain nasyid ni sangat lah pelik.kalau dulu kau lah yg paling hebat ketawa terbahak bahak kat dm sambil mengumpat makanan dm tak sedap tapi kat sini kalau suara kau terlebih oktaf sikit pasti ada yg tegur.kalau dulu kau dengan selambanya makan berjalan sambil mengutuk makcik kantin sebab tambah sambal kena bayar 20sen tapi kat sini kalau kau makan berdiri pasti ada si baik hati yg menegur "awak makan duduk ^_^".eh ni bebetul baik hati tau.bukan perli

sampai satu saat terasa kerdil dan rendah diri atas sebab2 rasa kekurangan ilmu yg amat sangat setelah mengomparekan diri dengan orang2 hebat tu.barulah terasa macam ya Allah gila banyak ah benda yg aku taktahu.sampaikan kalau duduk borak2 tu mesti akan ada yg mengingatkan yg bagi tazkirah.bagus kan diorang ni?kau hade??ohoii


anak2 integomb.mwahaha


so secara overallnya DAURAH AWESOME sangatlah seronok.rasa macam datang sebagai cawan yg kosong dan balik sebagai cawan yg penuh.acecece

that's all
wassalam















No comments:

Post a Comment