venus and mars

April 26, 2012

sekitar ragam2 interview

Assalamualaikum...
well gempak tak tajuk?
ada rasa nak lempang tak?:D

meh la duk sini kejap aku nak citer sikit kisah kisah di sebalik interview aku siang tadi........
tengahari 24 april aritu aku check kat internet and dapat panggilan untuk ujian kelayakan dermasiswa zakat aku pun terus Alhamdulillah.rezeki Allah bagi.seronok wehh.sapa yg tak seronok kann?

bermula dengan petang 24 april yg hening, burung burung berkicau dengan gembira, angin berpuput lembut, pokok kelapa melambai lambai dari kejauhan barangkali turut sama meraikan kejayaan aku yg dapat pergi interview.aaahhhh sudah sudah laa tu ! berhenti merepek.takdek sapa nak baca kisah sedih kau..-_-"
lepas bangun tidur dengan penuh terkebil kebil aku check handphone.
new message received dari nombor yg tak dikenali.lebih kurang macamni bunyik dia:

TAHNIAH ! ANDA BERJAYA SEBAGAI CALON UJIAN KELAYAKAN
&TEMUDUGA DERMASISWA LZS KE JORDAN/MOROCCO.
TARIKH:26 APRIL 2012, JAM 8.00 AM-5.00 PM
TEMPAT:DEWAN SEMINAR, MASJID NEGERI SELANGOR SHAH ALAM
SILA BAWA SIJIL-SIJIL ASAL DAN ALAT TULIS.
UJIAN BERTULIS DALAM BAHASA ARAB MELIPUTI KEMAHIRAN MENDENGAR,
NAHU,SOROF,MUTHOLAAH,BALAGHAH DAN MENULIS KARANGAN
MANAKALA SESI TEMUDUGA DALAM BAHASA ARAB

aku pun macam...:0.kelu terus lidah aku.hilang segala kegembiraan.gelap dunia aku.eh eh takdelah sampai macamtu sekali.
masyaallah subhanallah ya Allah....LUSA???ya rabbii.....
oh kenapa??why??why me?? *takpayah over sangatlaakan?ngade ngade aa kau*
so,dengan kibutnya aku mula menggali kotak kotak buku mencarik modul.aku tengok modul arab aku tengah beristirehat dengan amannya kat dalam kotak.tapi tapi tapi mana modul form 4??kenapa ada form 5 jeeee??aku dah cuak.alhamdulillah dengan bantuan HANIS LIYANA yg kusayangi aku dapatlaa jugak modul form 4 even macam lain sikit.okaylahh tu daripada takdek langsung kann?

disebabkan interviewnya adalah pada lusa hari, aku terpaksa cancel plan untuk hangout pada hari rabu T_T.
nak buat camane.kena study woii.nak tengok wayang konon kononnya.terkubur harapan aku untuk tengok battleship.babai battleship.im gonna miss you :(.kita date lain kali je lah.

aku pun mulalah study arab yg dahh berabuk tu dengan yakinnya.but at last...aku kecundang..uwaaaaaaa kenapa tak hingat semua benda ni??aku dah tensen.bengang pun ada.tak boleh jadi ni.kena cari jalan.show me the wayyyyy (maher zain kejapp)
berbekalkan SARA KHALILAH sebagai cikgu arab online tanpa gaji,aku tanya semua benda yg aku tak ingat.thanksss sara.i owe you BIG BIG BIG.nanti kalau kita jumpa aku belanja mcD okayy??:D

pagi 26 april aku dah siap semua benda.resume, sijil sijil bagai.bercampur baur perasaan aku.happy cuak takut seronok.sampai je aku kat sana abah terus park kete.eh eh?NASIRAH! dan dan je nasirah ni park kete sebelah aku.cehh.aku pun masuk dengan dia.lepas daftar terus lepak dengan HANIS, tunggu SURAYA sambil sambil bergossip.nampak laa pulak beberapa orang revivena+.so total semua revivena+
yg pegi interview ada tujuh orang.AKU, HANIS,SUE,NASIRAH,AMEER,BIBUL,IJAD.oh TIKAH pun ada.heeee datang bagi semangat katanya.rajin betul.:D

kitorang start ujian bertulis pukul 9.30 sampai 11.30.before tu dia kasik taklimat sikit pasal exam.cakap memang FULLY ARAB.no english no malay.aku rasa macam dah sampai kat bumi jordan jee.paham tak paham kau buat2 paham je.kau cakap je 'fahimna fahimna'.baru nampak confident :p. soalan ada 2 section.section first kau kena denga apa radio tu cakap lepastu jawab.section kedua jawab sendiri.macam dalam exam.okayy macamni lah citer dia:

SECTION FIRST:
muka surat first dah menyeramkan.start je radio keluarkan bunyik aku denga je sampai habis.
lepastu aku pandang kiri kanan.erk?aku sorang je ke?ke memang semua orang blurrr ni?
err selamat dia rewind balik.lega sikit aku.even dia dah rewind pun kitorang still blurr lagi.
but at least okay la jugak.daripada tak rewind langsung kann?

SECTION SECOND:
buat aa macam biasa.macam dalam exam tu.nahu okayy.sorof pon boleh tahan lagi.sampai kat balaghah aku dah macam..:0.kenapa balaghah dia macam tak pernah belaja?majaz hakiki lah istifham hakiki lah hape lah.seriously out of 10 questions 5 soalan je yg aku yakin.yg lain tu aku serahkan kat Allah.time bukak part karangan aku dapat senyum sikit.soalan dia biasa je.lagi senang daripada spm punya aku rasa.TAPI TAPI modul karangan aku pun hilang jugak.so aku memang tak study karangan langsung langsung -_-".so, berbekalkan ilmu sedia ada di dalam dada aku pun mula menonggang segala saki baki point2 karangan time spm yg masih ada dlm otak.syukur sebab berjaya buat jugak walaupun tak sehebat time spm.

okayy sekarang kita masuk part interview pulak.part yg paling seramm.bilik interview ada 4 tak silap aku.bilik A sampai D.aku dapat bilik A.sama dengan hanis.satu bilik lebih kurang belas belas orang.tak sampai 20 orang pun.interview dia sorang2 tahu.bukan by group.and and and lepas tu satu lagi ujian Allah kasik kat aku.sedang aku leka berangan angan belum sedia apa apa lagi ni.orang lain pun tengah syok jalan2 lagi.panel tu panggil "NURUL AIMAN AWANIS?" oh my Allah....kenapa laa banyak2 orang aku jugak yg firsssttt sekali kena?
oh kenapa?why??why me?? *ngade ngade lagi*
so, aku melangkah masuk dengan selawat and senyum habisss aa.gaya confident habis laa tu.puihhh.
padahal dalam hati Allah je yg tahu.dalam perut dah rasa macam ada ramarama berterbangan.aku masuk bagi salam sampai dia kata 'ijlis' baru aku duduk.
macamni interview dia:

PANEL 1:
okay satu bilik ada 2 panel.panel first fully arab.bilik lain taktau aa.bilik aku camtulah.dekat panel first ni aku kena baca artikel yg takdek baris.lebih kurang macam oral arab kat sekolah tu.pastu dia tanya laa soalan pasal artikel tu.nasib la kalau kau tak paham kau jujur je cakap je 'asifah.ana la afham' 'asifah.ana la adri'.
dia tak marah punya.oh yang tu ikut nasib jugak.panel aku baik hati so kalau aku tak dapat jawab dia senyum je nak menyedapkan hati aku.dia takde main psiko2 ke rendah2 kan aku ke hape ke.basically panel arab ni dia takde tanya soalan yg susah2 pon.dia just tanya soalan yg biasa2 je.soalan yg takyah pikir byk2.maybe dia just nak uji aku punya komunikasi arab okay ke idak.contohnya macam nape nak belajar kat jordan?apa hak anak2 terhadap mak ayah..camtulah lebih kurang

PANEL 2:
okay panel ni pulak BM.dia dok usha2 aku punya sijil.pastu dia tanya sekolah mana.panel BM ni barulah dia   banyak uji critical thinking kita.soalan yg aku dapat kenapa awak rasa awak lebih layak dapat scholar ni berbanding calon2 lain?i can say that soalan ni soalan wajib aa utk semua scholar.so korang dah boleh aa mula buat karangan utk soalan ni yehh.hmmm lepastu dia ada tanya general knowledge.soalan yg aku dapat macam ni:apa yg awak faham tentang pemansuhan PTPTN.dia tanya aku sambil senyum2 lagi tu.haha.
aku jawab je laa apa yg aku tau.last sekali dia tanya ada hafal apa2 surah ke?aku jawab "al-mulk".
dia suruh aa aku baca dalam 5 ayat.aku pun start baca.dia angguk2 je denga aku baca.aku baca confident je sampai aa aku rasa macam pelik sikit.eh betulke aku baca ni?aku dah mula buat muka senget.dia pun tanya "haa betul tak tu?" tersipu-sipu aku jawab "asifah jiddan.saya rasa saya dah tercampur dengan assajadah -_-".seronok dia ketawakan aku.aku senyum je aa.takkan nak nangis pulak kan?aku husnuzon jek dalam hati.at least dia tahu aku hafal sajadah gak.mueheheh.time nak kelua jangan lupa cakap 'syukran' :)

so itulah pengalaman pahit manis payau yang aku dapat sepanjang interview ni.
secara overall nye aku bagi sederhana la.takdelah senang gilaa tapi takdelah sampai susah membunuh.
sekarang ni yg penting doa je bebanyak.serahkan seglanyaa kat Allah.He knows best

so kali ni ada beberapa conclusion:

first sekali, kalau belajar niatkan kerana Allah bukan sebab exam.
kalau tak nanti jadik macam aku.lupa semua benda.padan muka aku -.-"

secondly, seriously kau kena banyak tahu pasal current issue.jangan bila cakap pasal ptptn 
je kau sempitkan minda kau cakap macam ni "mainan politik je semua ni.malas aku nak ambik tahu.
i hate politics bla bla bla" even kau benci nak ambik tahu kau kena jugak ambik tahu.
just open minda korang and cakap "benda ni isu semasa bukan just mainan politik semata mata"
untuk kebaikan korang jugak.lagipun islam dengan politik tak boleh dipisahkan.dalam islam
ada siasah.korang kena ingat tu.

lastly, almulk jangan tinggal.baca selalu.akan bagi kebaikan kat kita masa dalam kubur nanti.
tengok macam aku.nampak beno dah lama tak baca.last baca time pmg.hapelah!
almulk pon boleh terlupa.haishh -_-'



p/s:untuk semua sahabat2 yg revivena+ yg interview hari ni, hope to see you all on 3rd May.
     amiiin.insyaallah :)
    pray the best for us:)


that's all
wassalam





















3 comments:

  1. gempak seyh kauuuu !! haha. skrg kena banyak doa n tawakkal taw. insyAllah kheir :D

    * ade typo tu, " la adri.." bukan la ardi :)

    ahlen ila urdun XD

    ReplyDelete
    Replies
    1. thankss kak wan.tunggu kitorang
      *typo akan dibetulkan.hehe*

      Delete
  2. huhuh ramai jugak batch kite,,dan rajinnnyaa tikaa ;D,,
    terbaik la awan,,thnx share :)

    ReplyDelete