venus and mars

August 15, 2012

If you wish to check how much you love Allah, then see how much your heart loves the Quran

[credit] wa bilqurani dustura





bismillahirrahmanirrahim

disebabkan tidak diizinkan oleh Allah untuk menulis,maka tidak datanglah ilham kepada ana untuk menulis.
jadi ana telah mengambil keputusan untuk menyampaikan sebuah cerpen untuk antum semua

cerpen yg sangat masyaallah.telah selamat di-copy oleh ana dengan jayanya.eheh.
rugilah antum semua kalau tak baca ni.tak dapat merasa salah satu nikmat Allah.kekeke :D
SELAMAT MEMBACA.ENJOY !






"weh Umar ! macam biasa."
Fadhlie Al-Husaini menjeritdari dalam biliknya kepada teman satu bloknya..teman yg turut sama digelar geng ponteng prep, sama sepertinya.

malam itu mereka tidak pergi ke prep sekali lagi dan malam itu giliran umar yg demam.umar memakai berlapis-lapis pakaian, bermula dengan tight kemudian singlet diikuti dengan tshirt besar dan kemudiannya sweater yg berjenama nike.umar melompat lompat ringan supaya badannya berpeluh.kemudiannya dia membaca quran yg dianggap penawar(ubat hati).lalu umar mengambil buku yg hendak ditelaah dan berbaring di atas katil sambil menyelimutkan dirinya.

itu semua helah yg telah dirancang.andai ada warden yg datang meronda, sakit adalah alasannya. dan umar akan mengatakan bahawa dia telah makan ubat dan sebab itu badannya tidakpanas lagi malah berpeluh peluh.hakikatnya ubat yg dimaksudkan ialah al quran yg dibaca sebentar tadi.
ubat utk hatinya yg berpenyakit.sebab itu, dalam berhelah mereka tidak akan guna perkataan 'demam'.
sebaliknya hanya menyebut sakit secara umum iaitu masalah hati yg berpenyakit.dan yg seorang lagi, akan menggunakan alasan menemankan pelajar yg sakit.

setakat ini, prestasi mereka cemerlang kerana belum pernah terkantoi dgn mana2 warden lagi.umar terus membelek belek buku ekonomi asas selepas membaca doa.

tok tok.fadhli masuk memberi salam.

"weh Umar aku ada prob dohh.husni suruh aku bagi tazkirah lepas al mulk besok" adu fadhli.suasana hening seketika.umar terus melayan lagu 'isteri solehah' yg rancak berkumandang di mp3.sengaja dia tidak mengendahkan pertanyaan fadhli.

"weh weh weh..." fadhli buat gaya gedik.
"ye ye...aku dengar ni...kau nak cakap pasal apa?"
"ermmm any suggestion?"
"kalau aku, kau ingatkan budak2 kita ni pasal quran je la..jangan berani tinggalkan quran tu.walaupun cuma sekali.."umar buat muka habis macho, diangkat sedikit keningnya.
"hahaha...PLKN...okay tak?"
"terbaik!!"
fadhli tersenyum puas.dia sudah ada topik.cuma perlu sedikit huraian.kitab bio-scorenya masim belum terusik.

"tapi macam biasalah, kita nak nasihat orang, kita ni kena bersih dulu. so, malam ni, kau taubat dua rakaat dulu.besok pagi, insyaallah kau qiam sekali dengan aku."
"settle bro..sayang kau dohh.."
"dah dah..jangan ngada2.geli.jangan yakin sangat.ingat ni (18:23-24), insyaallah??"
"hehe..astaghfirullah..insyaallah"

kemudian, masing2 hanyut dengan subjek tersendiri.suasana bilik hening.

*********************************************************************************
'sodaqallahul azim'

selesai si MC majlis liqo' al mulk membaca doa, fadhlie al husaini kelihatan teragak agak.sekilas dia terpandang umar mujahid, dia menepuk nepuk dadanya, tanda berdebar. umar tersenyum, sambil mengangguk dan membyat isyarat jari telunjuk dihalakan ke atas kemudian menepuk dadanya sekali.
itu trademark mereka 'Allah ma'ana...'

dengan senyuman yg kelat, fadhlie al husaini bangkit lalu berjalan tenang ke hadapan.umar mujahid cuma tersengih kerana walaupun sebentar tadi fadhli kelihatan gemuruh, tatkala dia mula melangkah, wajahnya berubah serius dan langkahnya kini langkah seorang mujahid.

"assalamualaikum w.b.t....pertama tamanya sama2 kita panjatkan kesyukuran kita kpd Allah swt sebab sampai ke saat ini kita adalah hamba yg Allah pilih utk berada dlm majlis ilmu yg mana kita sendiri dah maklum fadhilatnya.seterusnya selawat dan salam ke atas junjungan besar nabi muhammad sawkerana dengan berkat perjuangan baginda, kita dapat rasai dua nikmat terbesar iaitu nikmat iman dan islam"

"err..kenapa muka semua serius?seram lah der~~aku tau terkejut tengok aku cakap kat depan ni....."

"wooo...ana! ana! ana!.." rakan2 nya bersorak supaya fadhli membetulkan kata ganti diri bagi dirinya.

"hehe..sori2.tak biasa la.ok camni la,takpayah buat muka bengis korang, eh antum! ok dengar betul2 apa yg ana nak cakap ni.bismillahirrahmanirrahim..." suara fadhli sayup memperdengarkan bacaan dari surah hud ayat 112. semua yg mendengar kelihatan terpukau.

"jadi macam yg semua maklum , ana ni bukan dari golongan mereka yg selalu berdiri di hadapan, beri peringatan untuk kita semua macam geng2 badar semua tu..tapi menyedari taklifan yg Allah turunkan kepada kita spt dalam firmanNya dalam surah ali imran ayat ke 104, maka malam ini ana bangkit utk sedikit peng'sharing'an.ana yakin semua dah hadam ayat ni.

"ok berbalik pada ayat 112 surah hud tadi.moto sekolah kita 'fastaqim kama umirta'.itu mesej yg Allah siapkan utk kita.maka dgn itu tuan2 dan puan2 sekalian..." fadhli mula mendapat keyakinannya.dia sudah boleh memoyo di hadapan.

"haha.ingin saya tegaskan disini, PLKN yg kerajaan perkenalkan bukanlah suatu azab bagi yg thiqoh2 ataupun syurga utk mereka yg nakal plus gatal2 nak ambil kesempatan.sebenarnya plkn adalah titik mula utk kita berdakwah.ujian dunia luar pertama yg kita terima.

"oleh yg demikian sahabat2 yg dapat plkn, ana minta antum semua utk kita sama2 istiqomah .apa yg kita dapat kat sini tolong amalkan kat luar sana. jaga ikhtilat, dhuha, aurat dan lain2 laa.ana yakin antum semua lagi arif drpd ana.ingat ni dan pegang ni 'ihfazillaha yahfazuka' kita jaga hak Allah, Allah jaga hak kita.

mata fadhli bersinar sinar.tergambar keikhlasan dlm penyampaiannya.suaranya sedikit bergetar.mungkin sayangkan sahabat2nya.

"and ana nak curik masa sikit boleh tak?tentang quran yg tengah antum pegang sekarang ni.macam yg kita tahu, Allah cakap quran ni as petunjuk kita.antum boleh rujuk dekat (2:2),(2:185),(31:2-3).maka dengan itu tolong jangan kita tinggalkan al quran.tolong, tolong dan tolong.cuba antum bukak surah ke 57 ayat 9.minta sorang bacakan."

umar bingkas bangun lalu membacakan terjemahan ayat tersebut.

"Dialah yg menurunkan ayat2 yg terang (alquran) kpd hambaNya(muhammad) utk mengeluaran kamu dari kegelap kpd cahaya.dan sungguh terhadap kamu Allah Maha Penyantun, Maha Penyayang"

"syukran akhi" fadhli mengenyitkan mata.

"ha ! nampak tak?itu sebabnya kita tak boleh tinggalkan al quran.al quran boleh jadi salah satu asbab kita dapat hidup dalam biah hasanah sekarang ni.tapi kan ana pernah terbaca kat blog seorang muslimat ni, muslimat kat sekolah kita ni laa, dia persoalkan kita ni solat tapi kenapa still mencarut.kita mengaji quran, tapi still mengumpat sana, kutok sini...why??

semua mengangkat bahu kecuali seorang.fadhli senyum kepada lelaki tersebut.
"khaleed ana nampak enta tak angkat bahu.share laa jawapan enta.
"jawapannya ada kat surah ke 14, surah ibrahim ayat pertama"

masing2 menyelak quran terjemahan mereka.termasuk umar dengan quran hijaunya.masing2 tersenyum puas dengan jawapan khaleed sebentar tadi.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

alif lam ra.ini adalah kitab yg kami turunkan kepadamu (muhammad) agar engkau mengeluarkan manusia dari kegelapan kepada cahaya terang benderang dengan izin tuhan iaitu menuju jalan Tuhan Maha Perkasa, Maha Terpuji

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

sungguh mendalam makna ayat tersebut.umar mujahid seorang yg sensitif.matanya sudah melelehkan air mata.tetapi dilindung denganquran hijaunya.

"sahabat2.keberhasilan kita dalam mendekati Allah itu bukanlah perkara yg akan dipersoalkan .tetapi usaha ke arah menjadi muqorrobun itu yg Allah akan tanya kita.soal jadi soleh ke tak, thiqoh ke tak, nombor 2.Allah tak pandang natijah tapi pandang gerak kerja.ingat ni sahabat2."

"jangan sekali kali kita tinggalkan quran.selama lamanya terutama tatkala kita hebat diuji dan contoh terdekatnya apabila kita plkn nanti.walau macam mana busy pun kita, tolong curi masa untuk mengaji.and yg paling penting quran tu jangan la tertinggal pulak.macam mana nak baca.tahulah semua huffaz quran"

pecah tawa.keadaan di musolla gamat seketika

"ini sebenarnya nasihat nasihat drpd sahabat kita umar mujahid b robbani.dia dah lama nak cakap sebenarnya tapi sebab dia lebih suka mendengar drpd bercakap, maka dia cuma pendiamkan sahaja" 

sengaja fadhli memetik nama sahabatnya.semua mata tertumpu ke arah umar yg sedang menangis.maka semua orang pun percaya mesej itu memang daripada umar.

"rasanya sampai disini saja.yg baik itu drpd Allah dan yg buruk itu atas kelemahan ana sendiri.jazakumullahu khair..assalamualaikum wbt.tangguh dgn tasbih kafarh dan surah al asr"

semua pun bersurai.fadhli al husaini memeluk geng ponteng prepnya, umar kemudian jalan beriringan ke blok mereka.
malam itu semua pelajar sekolah berprestij itu tidur dengan nyenyak sambil al quran berada dalam dakapan masing2.sementara itu, fadhlie al husaini dgn umar mujahid sedang bermadu kasih dgn Tuhan mereka sebelum turut sama tertidur dengan memeluk quran masing2.



[credit] alhamdulillah 'ala kulli hal



NOTA KAKI:
seluruh cerpen ini telah diambil daripada karangan seorang sahabat.ana disini tidak mempunyai sebarang share mahupun royalti apatah lagi perkongsian idea.sekadar menyampaikan untuk tatapan bersama.ballighu anni walau aayah


oh di kesempatan ini ana juga nak ucapkan selamat hari raya maaf zahir batin.eid mubarak,kullu am wa antum bikhair.semoga kita diizinkan olehNya utk bertemu dengan ramadhan seterusnya.jazakumullahu khairul jaza'



[credit] it's syawal !



thats all
wassalam