venus and mars

October 28, 2012

Saya Insan Terpilih :')

assalamualaikum dunia


helo helo kalian :D

fuhhh kesibukan ber 'aidiladha',ber 'kenduri', ber 'open house' sana sini, tidak lupa juga sesi ber 'imtihan awal' yg masih belum tamat, minda otak serta badan saya nyata penat. namun diselitkan juga blogging seketika setelah minda saya tidak dapat menghadam dan mencerna info-info dan fakta-fakta subjek hadharah islamiyah. cepat betul kau putus asa. kata nak extra mujahadah? pffffttt

entry kali tidak lain tidak bukan adalah disebabkan permintaan seorang sister chumel (mix-melayu-jawa-jepon.kahkahkah) yg meminta saya untuk menghapdate blog berkisarkan 


اللغة العربية لغة القرءان ولغة الجنة
BAHASA ARAB BAHASA AL-QURAN
 DAN BAHASA SYURGA


Aiwah ! sejujurnya sebagai ordinary people yg tidak sempurna, pada awalnya saya tidak mempunyai niat langsung untuk mengambil jurusan Bahasa Dan Kesusasteraan Arab ini. bahkan, ketika hampir menjejakkan kaki ke tanah syam ini, hati kecil saya masih lagi berbolak-balik, niat saya sememangnya masih belum stabil. jauh di sudut hati, masih lagi terfikir-fikir akan jurusan pergigian  yg hanya tinggal kenangan. 

jelaslah minda kita telah di-doktrinkan dengan pemikiran barat semata-mata. غزو الفكر dalam istilah bahasa arabnya yg bermaksud serangan pemikiran. sehingga hampir keseluruhan rakyat malaysia berfikir bahawa pelajar-pelajar yg bijak pandai serta genius haruslah melanjutkan pelajaran mereka dalam bidang-bidang engineering, medic, biotechnology dan jurusan sains tulen tanpa berfikir panjang bahawa membawa title sebagai seorang pelajar bahasa arab dan kesusasteraan bukanlah sesuatu tugas yg mudah cuma ianya tidak dapat dilihat oleh mata-mata rakyat Malaysia yg telah dibutakan oleh falsafah-falsafah barat yg telah berjaya menguasai pemikiran mereka.

SITUASI A

A: Awak ambik ape kat jordan? medic eh? 
B:  hehe. taklah. saya ambik bahasa arab jee 
A: oooo...

pelajar-pelajar bahasa arab pun nampaknya malu-malu sahaja untuk mengaku bahawa 'saya adalah seorang pelajar jurusan bahasa dan kesusasteraan arab'

SITUASI B

A: Awak ambik ape kat UK tu?
B: Oh civil engineering
A: Fuyoohh hebatnya ! budak pandai la ni yee. bagus-bagus. balik malaysia nanti majukan       negara taww ! (rolling eyes)

so, bagaimana? anda anda anda dan anda nampak tak perbezaanya? perkataan 'fuyoohh' itu seolah-olah merupakan reflex action untuk mereka-mereka yg mengambil kujuruteraan, perubatan dan jurusan-jurusan yg canggih-canggih tu.

sedihnya, tanpa rakyat malaysia sendiri sedar tugas sebagai graduan bahasa arab dan kesusasteraan itu sangatlah mencabar. begitu juga dengan graduan pengajian islam.

saya mahu bertanya kepada anda berapa ramaikah rakyat malaysia itu yg boleh memahami Al-Quran tanpa membaca tafsirnya? berapa ramaikah di malaysia itu yg faham hukum agama dan mengikuti sepenuhnya?
saya yakin tidak ramai. sangatlah sedikit. hanya sebilangan kecil sahaja. Namun, rakyat malaysia masih tidak menyedari betapa beratnya amanah yg kami pikul. sedihlah :'(

pulang ke malaysia sebagai seorang graduan bahasa dan kesusasteraan arab, namun tidak mampu menjadikan rakyat malaysia cinta akan al-quran, tidak mampu menjadikan rakyat malaysia mendekati al-quran. berdosanya kami.

pulang ke malaysia sebagai seorang graduan pengajian islam, namun tidak mampu mengislahkan masyarakat yg rosak akhlaknya, tidak mampu membimbing masyarakat ke arah yg lebih baik. berdosanya kami.

anda. jika anda rasa menjadi seorang pelajar jurusan bahasa arab itu mudah, maka dengan segala hormatnya saya mempersilakan anda untuk mentafsir surah al-fatihah sahaja. tidak lebih dari itu.

sedangkan kalimah bismillahirrahmanirrahim sahaja tersirat 1001 makna. huruf 'baa' itu dibariskan kasrah yg menunjukkan tawadhuk seorang hamba. itu baru huruf 'baa' dalam al-fatihah belum lagi keseluruhan al-quran. namun anda anda dan anda masih lagi memandang rendah kepada kami. isk sedihlah :'(

tidak saya nafikan kemajuan negara itu teramatlah penting. namun saya tegaskan di sini kemajuan negara itu tidak mempunyai makna pun sekiranya rakyatnya berjiwa kosong, sekiranya rakyat tidak mempunyai tamadun.

dan kepada anda yg berjurusan bahasa dan kesusasteraan arab berbanggalah kerana anda telah dipilih oleh Allah untuk memahami kalam cintaNya. berbanggalah kerana anda telah dipilih Allah untuk memperjuangkan bahasa para nabi dan rasul, bahasa al-quran dan bahasa syurga.


Sesungguhnya saya cintakan bahasa arab kerana saya cintakan Allah dan rasulNya


saya:

NURUL AIMAN AWANIS BINTI ABDUL SHAHAR
PELAJAR TAHUN 1, 
JURUSAN BAHASA DAN KESUSASTERAAN ARAB,
KULIYYAH ADAB, MU'TAH UNIVERSITY,
THE HASHEMITE KINGDOM OF JORDAN
:)



that's all
sekian
wallahua'alam
wassalam




2 comments:

  1. go awan !!,,kite sokong awan :)
    dulu kite penah becite nak jd pakar bhs arab,,:")

    ReplyDelete
  2. hee.insyaallah. gudluck eh dentist-wanna-be :)

    ReplyDelete